BERSEDIH TATKALA BERGEMBIRA

Asslamualaikum.

Hari ni merupakan hari paling menggembirakan buat semua pelajar matrik se-Malaysia. Sebab hari ini tamatlah pengajian di matrik. Memang sangat menggembirakan. Sampai ada yang main 'freez' tengah - tengah hujan. Tapi setiap kegembiraan tu tak lama. Pasti ada kesedihan. Sapa yang tak sedih kalau kena meninggalkan sahabat -handai. Ada yang menangis siap. Sejujurnya aku memang sangat sedih kalu part nak berpisah. Kalau boleh nak bersama mereka lama lagi. Tapi bak kata orang, hidup ni bagaikan roda, ada masa gembira, ada masa sedih.

Dia tgk jugak, kalau ada niat tu ada la. Hahaha. Di kesempatan ini, nak ucap terima kasih kepada semua kawan - kawan sebab mengajar erti hidup. Terima kasih berjuta - juta kali kepada Hisyam Sohaimi, Zaki Alias, Nazmi a.k.a nami, Hazmi a.k.a Sador, Syafiq Pax, Muhd Irfan, Encik Radzuan, Encik Myazara, Hannan Afiq, Paralax Ay-ree, Haziq Donatello, Yum Archer, Topek Lifebouy, Amran Hamdan dan Faqih Roslan. Aku tak tau nak cakap ape dah. Korang la the best. Hope lepas ni jangan sombong - sombong.

Walau jasad jauh di mata, moga hati tetap bersatu. Biar pertemuan hanya sementara, moga persahabatan kekal selamanya.

BANGUN, BELAJAR, MAKAN DAN TIDUR

Assalamualaikum.

Tak sampai serminggu lagi kami, pelajar matrikulasi se-Malaysia akan menghadapi satu peperiksaan terbesar di peringkat matrik, yang menentukan arah hidup kami dan masa depan kami. PSPM(peperiksaan semester program matrikulasi), besar maknanya pada kami. Kalau kami tersungkur, alamatnya tak ke mana lah. Harap itu tak kan terjadi pada kami. Tapi kami mengharap kami dapat menggapai apa yang kami citakan. InsyaAllah. Sehingga sekarang pun, musim "minggu belajar" kami sibuk mengulangkaji pelajaran. Almaklum, yang jarang ke kuliah dan kelas tutorial(macam aku ni) terpaksa bertungkus - lumus untuk belajar apa yang kami tertinggal. Hahaha.

Alhamdulillah, minggu belajar semester kali ini aku berpeluang untk belajar bersama kawan - kawan. Akhirnya, selama ini mungkin malu menghalang utuk belajar secara stadi group. Lagi pula, mungkin aku berasa terlalu merendah diri, dan mungkin juga kerana rakan tidak pernah memperlawa untuk belajar bersama.

Terima kasih kepada guru - guru yang telah banyak mencurah bakti dan ilmu pada kami. Kami amat mengharagai jasa guru sekalian. Kami juga ingin meminta maaf andai kami banyak membuat kesilapan sepanjang semester ini. Harap dosa kami dapat ditebus dengan meminta maaf.

Kepada kawan - kawan sematrikulasi sekalian, terima kasih juga kerana telah banyak membantu. Kepada rakan karib, Muhammad Zulhisyam, terima kasih sebab marah waktu aku terlalai dari belajar. Hahaha. Aku sangat menghargai. Juga kepada rakan stadi group, Fatin, Hanif, Asikin, Hidayah, SIti Aishah dan Nazihah. Moga sokongan kalian dapat membantu aku menggapai apa yang terbaik buat diri ini.

SAYA SAYANG SEMUA.