BERSIH, Ambiga, dan Lina Joy.

Aku seorang yang lahir dan menetap di Malaysia. Secara automatiknya aku juga bergelar warganegara. Sudah 19 tahun aku hidup, selama itulah aku melihat cerita kontroversi dunia politik. Mulanya aku abaikan kerana tidak berminat. Setelah sekian lama, parti politik sedikit mula bertapak dalam jiwa.

Sebab apa?

Aku mula bosan dengan parti yang suka menggunakan politik kotor. Aku hadir bangkit untuk menyuarakan hak aku, juga hak rakyat Malaysia. Bukan kata benci, cuma tidak senang sebahagian ahli politik berperilaku keanak - anakan. Baik aku suarakan untuk pilih politik yang lebih matang.

Pilihanraya sering dikaitkan dengan pihak SPR. Datang kumpulan "baju kuning", menuntut hak sebagai wakil kebanyakan rakyat, iaitu sebuah pilihanraya yang bersih dan adil. Salahkah tindakan kumpulan ini? Sampaikan dicanang cerita kononnya kumpulan ini hendak membuat rusuhan dan bergelar penderhaka diraja.

Wujud kumpulan "baju merah" bangkit menentang. Telah mengadakan perhimpunan yang menyebabkan kesesakan lalulintas. dan kumpulan ini turut disertai ahli politik 'dacing'. Di manakah nilai demokrasi yang seringkali berapi diucapkan?

BERSIH menuntut 8 tuntutan. Rasanya tidak satu pun yang boleh dianggap sebagai ancaman kepada Majlis Raja-raja.

BERSIH juga dikaitkan dengan Ambiga Sreenevasan dan kaitannya dengan Lina Joy. Tapi aku masih tak nampak apa kaitannya.

Bukan niat untuk menentang, tidak pula menderhaka.Aku juga warganegara, aku ada hak untuk bersuara. Mungkin aku bukan ahli politik untuk bersuara lantang.

Aku menunggu umur mencapai tahap layak bergelar pengundi. Dan aku akan memilih siapa yang layak memimpin Malaya.

Dan ini adalah pandangan aku semata sebagai rakyat Malaysia.