PROUD TO BE MALAYSIAN

Bermulanya sukan Sea di Indonesia, pasti banyak harapan dan semangat yang dilafazkan. Menteri sukan(kalau tak silap) berhasrat untuk membawa 40 emas pulang ke Malaysia. Dan sudah tentu dalam banyak - banyak sukan, bola sepak yang menarik minat ramai. Hari ini sudah mempertemukan Harimau Malaya menentang Garuda. Malang bagi pihak Garuda kerana kalah dalam sepakan penalti. Walaupun pada mulanya sang Garuda membaham Harimau 1-0. Tidak mudah untuk membiarkan Garuda terus berkuasa. Harimau berjaya menyamakan kedudukan 1-1, dan terus ke masa tambahan. Agaknya apa tajuk depan berita esok ya?