Buat duit dari internet dengan hanya klik iklan setiap hari




 Anda selalu online? Apa yang selalu anda buat bila online? Tahukah anda yang anda boleh mendapatkan duit dari internet setiap kali anda online. Setiap kali anda online setiap hari sebenarnya anda boleh mendapatkan duit dari internet. Bagaimana? Senang saja. Anda hanya perlu mendaftar di Neobux dan klik iklan setiap hari. Anda akan mendapat bayaran untuk setiap iklan yang anda klik. Dengan mudah sahaja anda boleh mendapatkan duit setiap kali anda online. Saya telah mendapat bayaran dari website ini sebelum ini dan bulan ini juga saya telah mendapat bayaran dari mereka. So, anda juga boleh mendapatkan duit poket dari internet dengan mudah dengan hanya mendaftar di Neobux dan mula klik iklan setiap hari bila anda online.


 

Apa itu Neobux?
NeoBux adalah program percuma yang membolehkan pengiklan untuk mencapai ribuan pelanggan potensial dengan menampilkan iklan mereka di laman web dan pengguna untuk mendapatkan wang dengan melihat iklan tersebut. Pengguna akan klik pada iklan pengiklan dan melihatnya selama jumlah masa yang ditentukan oleh pengiklan. 

Setelah melihat iklan, pengguna akan dikreditkan dengan jumlah yang telah ditetapkan ke dalam akaun Neobux mereka. Anda tidak perlu membayar untuk mula mendapatkan wang. Jadi, daftarlah sekarang dan mula mendapatkan wang percuma!

Berapa Neobux bayar saya? 
Jumlah Neobux bayar anda dibahagikan antara beberapa faktor. Pertama mari kita menggambarkan jumlah anda dapat pada klik dan untuk setiap klik referral anda bergantung pada jenis keahlian yang anda miliki:


1) Keahlian Standard 
Per klik: $ 0,010 (pendedahan standard) · $ 0,015 (paparan diperpanjang)Per referral klik: $ 0,005 (pendedahan standard) · $ 0,010 (paparan diperpanjang)

2) Keahlian GoldenPer klik: $ 0,010 (pendedahan standard) · $ 0,020 (paparan diperpanjang)Per referral klik: $ 0,010 (pendedahan standard) · $ 0,020 (paparan diperpanjang).  
Neobux juga mempunyai pendedahan iklan mini di mana pengguna mendapatkan $ 0,005 untuk setiap klik tanpa yuran referral. 
Minimum Payout: Jumlah bayaran minimum ditetapkan sebanyak $ 2,00 (dua dolar AS) untuk permintaan payout pertama, $ 3,00 ($ 3) untuk kedua, $ untuk yang ketiga ($ 4) 4,00 dan seterusnya sampai $ 10.00 ($ 10).  
Jumlah masa untuk proses pembayaran:Setelah anda meminta bayaran anda, anda akan menerimanya terus dalam akaun prosesor yang anda pilih bayaran kecuali beberapa jenis kesulitan teknikal yang dihadapi semasa proses tersebut.

Apa itu referral? 
Itulah gunanya teman. Referral adalah seseorang yang bekerja untuk anda. Bagus?Teruslah membaca: Referral dapat apa yang setiap pengguna dapat ketika mereka mengklik iklan: Wang!Tapi, jika pengguna yang mengklik iklan itu adalah referral anda, anda juga akan mendapat wang! 
Ada dua jenis referral dan tiga cara mendapatkan mereka:  
1) Direct referral: Pengguna ini berdaftar menggunakan nama pengguna anda sebagai referrer mereka.
2) Rented referral: Anda menyewa mereka.

Jadi, bagaimana anda mendapatkan referral?  

Ini adalah tiga cara yang boleh dilakukan bahawa: 

1) Gunakan banner Neobux: Papar online banner kami dengan link ke neobux dengan nama pengguna anda pada link (anda dapat mencari banner dengan link dalam akaun anda). Ketika pengunjung mengklik bahawa banner, ia akan dihantar Neobux. Kemudian, apa yang dia harus lakukan adalah mendaftar. 
Beritahu orang lain:Hanya memberitahu semua orang untuk mendaftar di neobux dengan menghantar link anda kepada mereka.


2) Sewa: Anda boleh menyewa referral secara bulanan (30 hari). Hanya pergi ke akaun anda untuk melakukannya.Jumlah referral yang sedia berbeza-beza bergantung pada berapa banyak pengguna berdaftar tanpa referer.Anda hanya akan mendapatkan referral yang telah mengklik minimal 10 iklan dalam 5 hari terakhir dari tarikh anda menyewa mereka untuk memastikan mereka aktif.


Ingin tahu lebih lanjut?
Anda boleh pergi ke website mereka dengan melalui banner Neobux dibawah.




PERSAHABATAN, UNTUK SELAMANYA

Nampak kan tajuk entri kali ini. Secara kasarnya, keseluruhan entri ini akan mudah difahami. Mari telusuri.

Seharian, semasa aku sedang leka melayan facebook, tiba - tiba aku terlihat ada satu post yang dihantar oleh seorang rakan facebook. Tertarik dengan post beliau, aku cuba untuk melihat sisipan video yang dihantar. Alangkah sedih nya hati ini, walang tidak terkira. Bukan apa, video yang dihantar mengingatkan aku pada masa lalu. Zaman di mana aku mempunyai orang yang concern tentang diri aku. Zaman di mana masih wujud istilah sahabat, persahabatan.



Serius, aku terkesan menonton video ni. Lihat bagaimana seorang sahabat tak akan meninggalkan sahabatnya di belakang, apa lagi sehingga jatuh tersungkur. And my tears dropped. Aku memang tak dapat tahan kesedihan. Sumpah!!

Ni video kedua yang dipost oleh seorang sahabat KISAS. Video ni dibuat sendiri oleh beliau katanya.



Melihat kepada kedua - dua video ni, aku cuba menyampaikan bahawasanya persahabatan memerlukan pengorbanan. Lihat bagaimana pada video pertama, seorang sahabat mudah untuk memaafkan sahabatnya. Dan pada video kedua, beliau sanggup berkorban demi persahabatan, walaupun menghidap penyakit yang membawa maut.

Fikir - fikirkan, apa pengorbanan yang kita pernah buat terhadap sahabat kita.



Jika kita tidak mampu menyelesaikan apa yang terbeban di bahu sahabat, menjadi pendengar setia juga adalah pertolongan yang terbaik buatnya.. :)

TAK CONFIDENT

Petang semalam, aku ada berbual - bual kosong dengan sorang kawan rumah aku. Aku katalah kat dia, yang aku teringin sangat nak pergi melancong. Cari pengalam kat tempat orang. Dan aku rasa agak terkejut bila dia kata dia pun merasakan benda yang sama. Yang dia pun nak jalan melancong. Iya la, dia pun tak suka sangat membazir duit membeli - belah. Sekurang - kurangnya bila melancong tempat orang, kita boleh belajar budaya tempat tu. Timba ilmu baru.

Tapi aku rasa, kalau berdua aje pun susah nak jadi juga. Sekurang - kurang nya kena bertiga, atau lebih. Rasanya lagi ramai lagi seronok, kalau semua satu kepala. Ya, sama kepala. Aku tengok, kawan aku ni pun macam 50/50 je. So, aku tak mahu letak harapan yang tinggi setakat ni. Tak macam kawan aku yang aku ceritakan yang haritu. Dia memang kaki jalan. Hmmm... Kalau lah aku dapat ikut kau....

Kawan aku yang lagi sorang ni, dia ni tak confirm sahaja bila aku ajak melancong. Tengok - tengok dia dah keluar dengan kawan - kawan dia.

Aku sendiri pun tak tahu bila aku ada peluang betul - betul untuk pergi melancong. Tadi kawan aku yang kaki jalan tu cakap, dia dalam perancangan nak pergi ke Australia pulak. Aku cuma boleh rasa teruja pada sudut pandangan aku, dalam hati. Tapi yang ni aku tak boleh kacau la. Dia nak pergi dengan kawan - kawan dia. Melancong kali terakhir sebelum dia menjejak kaki keluar dari UMP ni katanya. Tak tahu la, nak keluar melancong dengan keluarga, parent aku ni busy manjang. Kawan - kawan pun macam tak mahu beri komitmen. Kalau aku melancong sorang pulak, rasa macam orang gila je, jalan tak ada arah tuju.

Tolong lah sesiapa.....

RELATIONSHIP

Hubungan terjalin akibat daripada pertemuan antara manusia. Dan hubungan yang ada itu akan menjadi bertambah erat jika disemai rasa kasih, rasa sayang. Ini lah lumrah yang selalu terjadi dalam dunia. Lumrah alam.

Tadi malam pukul 9 ada perjumpaan junior taekwondo. Semua nya gara - gara nak buat persembahan masa dinner nanti. Kitaorang pun berkumpul. Tak ramai sangat. Tapi best la. Macam - macam cadangan diaorang bagi untuk persembahan nanti. Dan semua bersetuju nak nyanyi ramai - ramai. Senang. Mudah.

Macam - macam jenis lagu disumbat. Nak bagi menyedapkan suasana. Najwa Latip pun ada jugak. Kelas gituu. Sumbat aje. Dah budak - budak ni nak sangat. Bunyi gitar mengiringi lagu. Guna suara harmoni. Sedap sikit. Sorang - sorang tak berapa best. Tak ada kesatuan katanya. Berlatih hingga larut malam.

Titik yang nak diketengahkan di sini ialah berkaitan hubungan. Lihat bagaimana walaupun sebelum ni tak pernah berkenal, tapi disebabkan ada satu tugasan yang perlu diselesaikan, semua dapat berkumpul, dapat saling mengenali. Kenangan indah. Harap huubungan baik ni dapat diteruskan dan akan bertambah baik, akrab. Rugi siapa yang tak pergi dinner.

Majulah taekwondo untuk UMP.

HORMAT

I supposed that life in University is tough. But, in term of relationship, it is way too easy. Senang nak cari kawan. Jalan mana - mana pun kalau kau friendly, terus dapat kawan.

Okay, back to topic. Dalam universiti pun ada budak - budak pelbagai umur, berbeza tahun belajar. Officially, wujud juga term "senior-junior". Tapi menurut aku, rasanya tak perlu pun pangkat - pangkat macam tu. Semua sama je. Kadang - kadang tahun je berbeza, tapi masuk kelas sama. Ada beza?

Yang menjadikan pembezaan antara budak tahun satu dan budak tahun empat bagi aku ialah rasa hormat. Tak, tak salah pun kalau nak anggap diaorang tu sebagai kawan kita. Cuma, kita tak boleh la bergurau kasar sangat, macam kita buat kat kawan tahun satu kita. This is serious! Don't dare to pissed them off. Its like you are cutting your own head.

Aku pun berkawan dengan 'senior' aku. Ramai. Best sebenarnya berkawan dengan diaorang. Bila mana kau jadi kawan diaorang, macam - macam perkara kau boleh belajar. Dan kau akan dapat sebanyak - banyaknya kelebihan. Kadang -kadang buku rujukan pun kau boleh dpat percuma, sedangkan kawan - kawan kau berhabis voucher buku nak beli buku rujukan. Sampaikan pada satu tahap, aku jadi rapat gila macam adik beradik dengan sorang 'senior' ni.

Aku anggap kawan - kawan kat universiti ni semua macam adik - beradik je. Andaian yang mudah. Tak perlu nak ada istilah senior atau junior. Itu bullshit. Cuma rasa hormat itu penting. Kau tak hormat diaorang, hidup kau kat universiti takkan berkembang. Kau takkan belajar benda baru kat dalam universiti ni.