AKU MAHU KAU TAHU

Assalamualaikum.

Jumaat, 24 Disember 2010.

Hidup di dunia ni sementara sahaja. Serius, sangat sekejap. Kalau kau perasan, pejamcelik pejamcelik, umur semakin menghampiri mati. Bak kata pepatah, rumah kata pergi, kubur kata mari. Jadi, kita kena sentiasa isi sisa hidup dengan amalan yang baik.

Dari kecil aku sudah ada ramai kawan. Mungkin kerana aku memang suka berkawan. Iyalah, siapa yang tak suka ada kawan. Kalau tak ada kawan rasa sunyi hidup ni. Ini moto hidupku dalam konteks berkawan. Aku punya kawan rapat. Selama aku berkawan, banyak pahit dan manis. Tapi kena tabah. Mungkin itu dugaan.

Kau perasan tak, sejak kita berkawan, hidup aku banyak berubah. Dulu kau kata aku pendiam, tapi sejak ada kau, aku rasa makin ceria. Aku sanggup buat apa saja untuk kau. Semuanya demi sebuah persahabatan. Itu pun kalau kau perasan.

Aku sedih bila kau menjauhi dari aku. Apa salah aku? Sekurang-kurang nya berilah peluang untuk aku berubah.

Aku harap kau akan sentiasa mengingati aku, tak kira kat mana kau ada. Aku mahu kau tahu, aku buat semuanya kerana aku sayang kau, wahai sahabat.