KALAU DAH NAMA MEMBER

"Alah, kita kan member, kira halal lah ea."

Pernah tak kauorang semua alami situasi begini. Kalau tak, mesti kauorang salah seorang yang selalu guna ayat atas tu kan?

Rasanya, kebelakangan ni aku selalu fikir, kalau kita member, kenapa mesti nak berlebih kurang dengan member lain? Sedangkan, kitalah yang kena support member kita.

Aku bagi satu situasi. Contohnya, member kita bekerja sebagai mekanik, dan kita datang sebagai pelanggan. Kita nak membetulkan kereta. Selepas dibetulkan, kita minta bayaran dikurangkan.

Fenomena ini selalu terjadi kalau dah nama member. Kenapa? Padahal kita sendiri kata, "Melayu kena tolong melayu". Pernah tak fikir, kalau kita asyik minta bayaran dikurangkan, tak ke lama - lama member kita jatuh bankrap?

Sebenarnya, kalau kita nak tolong member, kita tak perlu lah nak minta bayaran dikurangkan. Bayar sahaja lah apa yang telah diminta. Bukannya member kita nak makan duit kita sangat pun.

Ya, sebagai pelanggan, kita ada hak untuk memilih apa yang paling baik dan paling murah. Tapi, mestilah kualiti yang member kita beri tu terbaik, bukan benda yang cincai. Kalau dah kualiti baik, kenapa mesti minta kurang lagi?

Aku bercakap atas dasar pengalaman. Dan kadang - kadang aku pun pernah buat pada member aku.

Harap, lepas ni, kita sama - samalah berubah, jangan lah menganiaya member kita. Sebab mereka pun ada perasaan juga.


Peace~(^.^)V

KENAPA COUPLE???

Best sangat ke kapel tu? Apa perasaan kau masa kapel? Dah lama ke kau kapel?

Ni soalan biasa kalau aku jumpa kawan - kawan yang berpasangan. Bukan apa, aku pun nak tahu jugak, macam mana yang dikatakan kapel tu. Sampaikan ada yang pernah break up banyak kali, tapi tetap nak ber-kapel. Nak kata bodoh, ada yang dapat 4flat. Betul juga kata - kata yang aku pernah dengar, "Biar bodoh belajar, jangan bodoh hidup." Nak tahu tentang kapel?

Ada orang kata aku anti-kapel, aku tak boleh nak kata apa. Sebenarnya tak jugak. Aku cuma tak nak tengok generasi masa depan rosak sebab masalah ni. Ada yang sunat pun belum, dah gatal nak kapel.

Kenapa ye budak - budak suka sangat nak kapel ni? Ada orang kata, diaorang kapel sebab suka - suka. Tapi yang dahsyat, suka - suka pun, kapel sampai 3-4 kali. Bila break up, mulalah bergaduh segala bagai. Buruk - burukkan bekas pasangan masing - masing. Padahal dulu, kentot pun kata wangi.

Ada orang kata pula, diaorang berkapel sebab nak disayangi. Tak cukup ke kasih sayang keluarga kat rumah? Kawan - kawan kau dah benci kau sangat ke? Ye, perasaan kasih - sayang dari kapel tu memang la lain. Tapi kasih - sayang Dia, kau tak nak ke??

Tak ada tempat mengadu nasib. Itu ke alasan kau? Buruk sangat ke nasib kau sampai perlukan orang untuk mengadu? Bukan kena cop gay/lesbian pun kalau kau ngadu kat kawan baik kau ke, kawan bilik kau ke.

Alasan common lain, nak rasa macam mana bercinta. Cinta memang la kena cari, tapi bukan dengan cara berkapel okay. Bagi aku, kalau aku cinta seseorang, cukuplah kalau diri aku sendiri, dan Dia yang tahu. Cukup duit, kahwin la. Kalau takut balak/awek kauorang kena kebas orang, bertunang la dulu.Habis cerita.

Lagipun, bila kauorang berkapel, mesti kau nak korek semua pasal pasangan kau kan? Dah tu, bila dah kahwin[tu pun kalau kahwin la], dah tak tahu nak tahu apa lagi pasal pasangan kau. Sudahnya bercerai, talak tiga terus.



Ramai kawan aku yang kapel, siap ber baby lagi. Tapi aku tak benci diaorang. Cuma bila datang bab kapel, aku undur diri sikit. Bukan sebab malas, cuma geleman menyelubungi.

Kalau kau orang nak kata, "biar lah, kubur lain - lain" kau orang kena fikir 2-3 kali. Kau ingat kau kapel tu orang lain tak dapat dosa? Kalau kau sorang je dapat dosa, aku tak kisah juga la.

Harap maklum. Kalau aku silap, atau terguna bahasa kesat, minta maaf. Tapi satu aku nak ingatkan, kapel tak pernah wujud dalam Islam. No offence. Terima kasih.