Hari - hari kita berjumpa, bersua muka, bersama. Hari - hari jugalah kita menempuhi liku kehidupan menempuh duri berbisa. Berjuang bersungguh - sungguh menggapai cita. Tatakala aku melihat dirimu tidak putus mengejar impian, aku rasa teruja. Malu kerana aku tidak mampu menjadi sehebat kau. Sedang kita berdua diberi akal yang sama. Entahlah, mungkin aku tidak serajin kau. Tidak, aku memang malas. Dan aku akuinya. Terkadang aku berasa iri, yang menjadi duri kepada hubungan ini. Aku harus menyingkir perasaan itu. Aku harus redha.
Walapun baru sahaja berkenalan, aku rasa aku semakin mesra dengan kau. Mesra yang mampu menimbulkan rasa kasih, rasa bahagia. Dan aku berharap, perasaan ini menjadi pemacu untuk kita bersyukur pada Ilahi, yang mempertemukan kita. Aku bersyukur mempunyai sahabat seperti kau, walau aku tahu mungkin kau tidak pernah merestui persahabatan ini. Perselisihan antara kita itu ada hikmahnya, barangkali untuk mengukuhkan persahabatan, dan ukhuwah. Siapa tahu, persahabatan yang terikat mampu bertahan hingga akhir nyawa.
Sehingga hari - hari yang terus berlalu, aku berharap dan berdoa, agar kita mampu mengekalkan persahabatan kita. Bukan sahaja di dalam ruang lingkungan itu, tapi di mana jua. Dan aku pasrah, jika persahabatan yang tak pernah kau lafazkan ini hanya menjadi impian dan angan - angan pada diri ini, sendiri.
SONICGEAR MORRO 521
Assalamualaikum...
Ahad, 16 Jan 2011.

AKU MAHU KAU TAHU
Assalamualaikum.
Jumaat, 24 Disember 2010.
Hidup di dunia ni sementara sahaja. Serius, sangat sekejap. Kalau kau perasan, pejamcelik pejamcelik, umur semakin menghampiri mati. Bak kata pepatah, rumah kata pergi, kubur kata mari. Jadi, kita kena sentiasa isi sisa hidup dengan amalan yang baik.
SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN

Tag: multazam yazid, azizudin tokiran, anep, ridhau, mahmud, baim, icap, ain, akim jaffar, rafie, donat, dodol, razi, fadhil, shahir, syahid, pipud, akmal, hafizz, SMAKJ18GENT, guru2SMAKJ, safwan, apis yazid, syed daniel, amirul, zaim, hayyan, aiman, abid, qbear, syamim, azry, syaza, fadzlin, sabira, lek2, areena, zaiyan, anis salwa, anis nadira, ezzah, fye, amir, ali hafiz, aiman basrun, wan fikry, muzammil, izuddin, shahmi, qutham, akif, berg, husni, husani, hakim jaafar, 'ismat, maran, azyan, mer, nawal, syuk, shahir, capang, abbas, mursyid, reeza, hanif, ilman, badri, fauziazizan, mustakim, ayie, hanafi, asmira, atira, farah, aiman, kamarul, irsyad, laila, anwar, aliff, haziqah, nami, rasydan, irbukk, helmy, mat top, syazwan, azwan, ecam, anep, deeno, afzan, kids, amiruddin, ecah, ema, jojie, shikin, myra, nonie, tecer azmajura, tecer azian, tecer anim, sir faizal, tecer wan izra, sir iezram, tecer lydia, mirataysa, azam, farid, adnin, amir atif, hakim, hazim, fathi, zainol, amirull amir, amirul zalif, faqih, hanif hamizan, arif, ameer, rusyda, mie, fatiin dory, faiz neo, hanifmz, jue, maziah, awin, atikah_2192, atiey, fahmici, budak_terengganu, atey, rafaiz benitez, peng, mokjan, naqib,
Semoga di bulan Syawal yang bakal menjelma ini, dapat memberikan 1001 kenangan terindah buat anda semua. Eratkanlah ikatan silaturrahmi sesama kita. Ampunkanlah silapsalah mereka yang pernah membuat dosa. Bersatulah atas nama Islam.
Saya juga ingin menjeput para pembaca blog ini untuk berhari raya di rumah saya. Jangan malu jangan segan. Rumah saya sentiasa terbuka menerima tetamu. Akhir kata, SELAMAT HARI RAYA AIDLFITRI, MAAF ZAHIR BATN. Saya sayang semua!!!!
JANGAN TINGGALKAN AKU.
Assalamualaikum.
Sabtu, 4 September 2010.
Aku tahu aku manusia hina. Kau tak sudi lihat aku, malah jalan pun cukup jauh dari aku. Aku tahu, kau akan tinggalkn aku. Aku sudah nampak tanda-tandanya. Aku tahu hinanya aku macam lalat. Dibenci, malah selalu dipukulpijak sampai mati. Tapi, mungkin aku dilahirkn sebagai sang perindu. Sudah tentu pasti Dia yang aturkan untuk aku. Aku rindu kau, meski aku dilupakan. Aku sayang persahabatan kita, meski aku tahu, aku pasti dilupakan.

