Lebih kurang macam idola lah. Mereka bagi aku sangat hebat, dalam bidang sastera dan penulisan. Aku juga suka bidang seni. Tapi agak terbatas, kerana minat mendorong untuk lebih menguasai bidang sains. Jadi jangan berani - berani panggil aku orang seni. Aku belum layak, tidak layak. Dan mereka inilah yang selalu aku perhati laman blog, juga menonton filem dan membaca buku mereka. Ketiga mereka ini berada dalam penkhususan berbeza, tapi masih mengenai sastera.
1.RAMLEE AWANG MURSHID
Orang yang sangat aku kagum. Tak tahu kenapa. Sangat kreatif dalam menggarap setiap plot dalam novel beliau. Jalan ceritanya sangat menarik. Sukar untuk menafsir jalan ceritanya, jika tidak lengkap selesai baca novel beliau. Berjaya menyalingkaitkan beberapa karakter walaupun dalam dua situasi yang berbeza. Aku sudah terbiasa dengan membaca novel beliau, dan takkan baca novel karya penulis lain. Sehinggakan novel - novel beliau yang aku beli habis terkoyakcabut muka surat dipinjam rakan - rakan. Mereka juga sukakannya. Hampir semua novel beliau sudah aku baca.
2.ZAHIRIL ADZIM
Beliau seorang pelakon. Cerita terbaru beliau "6 PROGRESIF" setiap Jumaat di TV3 (sekadar mempromosi). Kalau bukan kerana aku belajar di matrikulasi, habis episod pun aku sanggup tonton. Blog beliau aku paling suka baca. Dan dalam banyak - banyak puisi beliau selalu menarik perhatian aku. Sangat berbakat, dalam usia yang muda. Pasti jadi professional di hari muka.Pernah aku sanggup datang ke Jom Heboh sekadar untuk melihat beliau. Cerita pertama beliau yang aku suka "KAMI".
3.ISHRAF HAKIM
Beliau siapa? Superman? Super Junior? Tidak... Hanya seorang kawan, juga bergelar mahasiswa. Istimewanya beliau kerana aku suka pada penggunaan bahasa beliau. Dramatik, kadang - kadang sarkastik. Beliau mahu melanjutkan ke bidang sastera, tapi 'didorong' terjerumus ke bidang penghakiman. Rasanya bidang itu juga memerlukan bahasa yang professional. Sejujurnya, aku selalu meniru gaya bahasa beliau. Biasanya dilampias pada laman Facebook.com. Blog beliau juga aku selalu lawat.
3 ORANG YANG AKU KAGUM
Kerana mereka, aku berminat dalam bidang bahasa. Sedikit - sebanyak bahasa mereka aku tiru, dan aku akan beri credit pada mereka.
Akiem!
Tak dapat dinafikan lagi. =p