130211- Tanjung Bidara, Melaka

Baru 2 kali pergi keluar berjalan - jalan bersama member. Teruja mulai terasa sesampai di Tanjung Bidara. Mulai dengan bersarapan nasi lemak, sambil menunggu kumpulan ketiga tiba. 10 orang kachak bergaya sudah berkumpul, terus mencari 'port' yang sesuai.Masing - masing nemukar pakaian, dan meredah tepian laut di sana dengan serakahnya. Alhamdulillah, persekitaran di sana masih belum ternoda. Kami mandi dengan bermacam 'style'. Ada yang cuba untuk berenang walaupun tidak pandai. Habis merah berbirat badan aku dipinjam untuk buat 'style' mereka. Lebih kurang jam 12.00 mula bergerak naik dari berendam. Rambut keras kejung selepas direndam air masin. Oh ya, Hannan berjaya dijadikan mayat hidup setelah ditanam seluruh badan. Pengalaman bersama ZULHISYAM, ZAKI, NAMI, HANNAN, HAZMI, FAQIH, MAN, EMIL, WAN. Terima kasih semua.

This entry was posted by .:Me,Myself And I:.. Bookmark the permalink.

Leave a Reply