TAEKWONDO GRADING

Semalam(Sabtu) telah diadakan satu ujian kenaikan talipinggang untuk colour belt. Aku datang semata untuk melihat prestasi sahabat - sahabat. Bertolak dari UMP Pekan pukul 7.30 malam dan sampai di Gambang lebih kurang pukul 8.35 malam. Agak eksaited juga melihat kawan - kawan berdebar nak ambil grading. Rasa macam nak ambil periksa UPSR pulak.

Mula dengan talipinggang putih seterusnya hingga ke biru. Aku sebagai pemerhati dah boleh nampak prestasi mereka. Dan aku rasa ada yang boleh pergi jauh dalam bidang Taekwondo ini. Tak terlintas di hati untuk komen apatah lagi mengkritik performance kawan - kawan aku. Aku pun masih jauh perjalanan. Tapi aku rasa seronok tengok diorang grading. Ada juga yang lupa, ada juga yang fobia.

Dan aku nak ucapkan tahniah kepada semua kerana lulus dalam ujian ini. Yang dapat double promotion apatah lagi, berganda tahniah aku ucapkan. Semoga semua terus berjuang dalam arena taekwondo. Sama - sama kita berjihad.

LOVE THE BONDING

Untuk menghilangkan sawang - sawang yang melekat kat blog aku ni, baik aku ceritakan sedikit pengalaman tournament taekwondo black belt yang aku baru lalui. Siyes best!

Alkisah ceritanya bermulalah pada 15 Disember yang lepas, bersamaan hari Khamis yang memenatkan. Aku dengan team tournament Pahang berlepas ke Terengganu tepat jam 7.25 di Pekan. Total semua ada 24 orang kalau tak silap. Sampai di sana lebih kurang pukul 9 malam. Sampai kat Dewan tournament, semua yang masuk individu spar(sparring) ditimbang beratkan untuk dipilih kategori. Macam biasa, insan kerdil seperti aku masuk kategori bawah 50Kg. Lepastu makan di gerai. Memang sedap gilaaa, sebab Sir yang belanja. :)

Tidur di homestay seronok, walaupun terpaksa bersempit - sempit. Satu bilik tidur 5 orang, ada yang tidur di ruang tamu siap. Esoknya baru mula pertandingan. Aku dan Arther antara insan terawal masuk ring(gelanggang). Agak seram jugak lah. Ni bukan pertandingan colour belt, ni pertandingan black belt. Terharu aku bila kawan - kawan bagi sokongan. Suara yang paling jelas aku dengar ialah suara Senior Nabil. Dan sekilas aku nampak Senior Azeem buat isyarat 'chopping kick' walaupun dalam keadaan rabun.

Selapas aku ramai jugak rakan - rakan yang masuk ke dalam ring. Aku dan yang lain dengan penuh semangat memberi dorongan kepada fighters, walaupun kontingen kami antara tersikit. Pukul 6 malam baru selesai.

Hari terakhir memperlihatkan pertandingan team spar dan drama. Tournament dengan official habis pada pukul 2 petang.

Aku suka bonding yang diperlihatkan oleh kawan - kawan Taekwondo yang lain. Kami seolah - olah satu keluarga bila bersama, walaupun baru jumpa. Seperti kata Sir Asrul, "hidup dengan Taekwondo lama ni mesti rasa macam keluarga sendiri."

Aku akan merindui saat - saat bila ahli Taekwondo bersama. Sayang semua!

Terima kasih banyak - banyak kepada: Sir Asrul, Sir Mizan, Senior Azim, Senior Ben, Senior Nabil, Senior Chika, Senior Safuan, Senior Zu, dan rakan - sahabat yang lain sebab bagi aku memori paling best!