TAEKWONDO GRADING

Semalam(Sabtu) telah diadakan satu ujian kenaikan talipinggang untuk colour belt. Aku datang semata untuk melihat prestasi sahabat - sahabat. Bertolak dari UMP Pekan pukul 7.30 malam dan sampai di Gambang lebih kurang pukul 8.35 malam. Agak eksaited juga melihat kawan - kawan berdebar nak ambil grading. Rasa macam nak ambil periksa UPSR pulak.

Mula dengan talipinggang putih seterusnya hingga ke biru. Aku sebagai pemerhati dah boleh nampak prestasi mereka. Dan aku rasa ada yang boleh pergi jauh dalam bidang Taekwondo ini. Tak terlintas di hati untuk komen apatah lagi mengkritik performance kawan - kawan aku. Aku pun masih jauh perjalanan. Tapi aku rasa seronok tengok diorang grading. Ada juga yang lupa, ada juga yang fobia.

Dan aku nak ucapkan tahniah kepada semua kerana lulus dalam ujian ini. Yang dapat double promotion apatah lagi, berganda tahniah aku ucapkan. Semoga semua terus berjuang dalam arena taekwondo. Sama - sama kita berjihad.

This entry was posted by .:Me,Myself And I:.. Bookmark the permalink.

Leave a Reply