ANTARA DIVIDER DAN TRAFFICT LIGHT...

Assalamualaikum.

Isnin,12 April 2010.

Selesai sudah pengajian selama 16 jam di Institut Memandu Riakar. Dibantu oleh instructor yang berwibawa, Inchek Isman. Berbillion terima kasih kepada beliau. Terharu rasanya mengimbau kenangan dimarahi dan diajari. Seorang yang agak tegas. Huru-hara pada hari permulaan belajar. Namun setiap pertemuan bakal menempah perpisahan. Mengapa mesti dipisahkan??? Kecuali jika seandainya gagal dalam ujian memandu esok hari. Sudah tentu jantung minta untuk diberhentikan buat sementara. Mana tidaknya, bakal bertemu dengan pegawai JPJ(bukan JPA) yang bermuka mencuka dan berasa masam. Hati tidak putus berdoa agar mendapat pegawai JPJ(sekali lagi, bukan JPA) yang baik hati. Kalau boleh, biarlah yang tampak kiut menawan ditambah lagi dengan senyuman mesra. Buat pedoman hati, berdoalah kepada Allah agar sentiasa diberikan kekuatan di samping keberanian untuk menempuhi dugaan ini. Buat HUJAN, ini semua adalah dugaanNya.

This entry was posted by .:Me,Myself And I:.. Bookmark the permalink.

One thought on “ANTARA DIVIDER DAN TRAFFICT LIGHT...”

Leave a Reply