SELESAI SUDAH SATU CERITA...

Assalamualaikum.

Selasa,13 April 2010.

Janji pukol 7.50, tapi mesti lah aku lambat lagi. Tak apa, bukan selalu ya. Kepala hotak kaw la. Janji Melayu la katakan. Meski disiram, melayu juga*pinjam ayat icap*. Nasib baik orang tu boleh bersabar lagi. Sesampai ke destinasi yang tak mahu aku pergi(kalau boleh), tapi terpaksa jugak. Terus mengambil giliran. Ahh.. tak lama tu. Giliran yang ke 11 lah kut. Dimulakan dengan parking, alhamdulillah lepas. Ramai muka hampa kecewa sebelum aku yang tertayang di raut wajah. Menambahkan kegugupan. Tak guna, nasib baik korang tak bagi apa-apa efek.

Tiba giliran untuk menghuru-harakan laluan A. Macam haram, mesti kena tunggu lama kan... Sempat tertidur, melangsaikan hutang tidur yang semalam punya. A5, dah tak pakai angka giliran 11 lagi. Orang sebelum aku, perempuan. Patut lah lembab semacam. Lama aku tunggu. Macam tunggu nasi goreng pattaya malam kelmarin yang orang kedai tu bagi lambat gila. Panas tersiksa. Hampeh, pakai baju hitam kenapa?? Berpeluh-peluh deyh.

Kakak tu keluar kereta,'kenapa la kakak ni lambat semacam'. Sekilas muka brader JPJ macam muka Ridhau a.k.a Daud. Macam nak tergelak pun ada. Buat rilek macam biasa sudah. Gugup juga, sebelum ni ada pelajar yang dibawa balik JPJ ni. Mulakan dengan Bismillah. JLP 9170 kalau tak silap. Tak guna punya kancil. Asyik tersekat kaki dekat clutch. Kasut kah yang bersalah???

Alhamdulillah LULUS. Lepas ni, boleh raund-raund satu kampung. Buat tempahan jadi driver ok jugak. Gila ke apa. Boleh pinjam kereta ayah. Nak pergi Kluang lah. Kaw tunggu je lah!!!!

p/s: terima kasih JPJ. Aku da dapat P.

This entry was posted by .:Me,Myself And I:.. Bookmark the permalink.

Leave a Reply