Assalamualaikum.
Khamis, 29 April 2010.
Malam Sabtu, bersama Baim memandu ke Kluang. Pertama kali bawa kenderaan di jalan raya. Agak menakutkan tetapi terpaksa meng-konfiden-kan diri.
Alhamdulillah, setelah lama berniat pergi ke Smakj, akhirnya tercapai juga. Yay!! Perasaan rindu membuak-buak berjumpa orang tersayang. Kekok pada awalnya. Maklumlah, siapalah diri ini. Sehingakan guru-guru ada yang tidak kenal. Tak mengapalah. Mungkin mereka tak ajar aku zaman dulu. Yang penting dapat melihat muka-muka bijak pandaibestari batch aku. Syahid, budak paling sengalbijak di sekolah. Habuan sebuah laptop Acer untuk beliau. Agak sangat jealous bila dengar dia dapat lappy baru. *Terasa menyesal pulak tak blaja betul-betul*. Kedua, Shahir. Kembar Syahid. Dua orang kembar ni susah nak dikalahkan. Tapi ada satu bnda yang aku respek mereka berdua. Mereka tidak pernah bosan mengajar orang macam aku ni. Terima kasih kembar!!!
Terasa bosan mendengar bebelbicara VIP, Anep datang menyelamatkan keadaan. Bersyukur. Keluar bandar bersama beliau. Aktiviti biasa, bermain PS.
Sejam suda abis main, kembali ke sekolah.
Petang, bersama Taufik dan Anep dan Baim dan Ashikin pergi ke RFC(Radix Fried chicken). Makanan halal diadaptasi daripada KFC. Berbincang untuk persiapan Reunion kali terakhir. Hati tidak putus berdoa agar pertemuan ini diberkati dan mendapat sambutan. InsyaAllah, jadi.
Teringin nak tengok mid night movie. Ceritera Ip Man. Cerita cina mengisahkan seorang guru kung fu yang mementingkan keharmonian dan maruah.
Malam menetapmenumpang di ruamah Anep. Esok, masih banyak lagi cabaran yang perlu dihadapi.
Followers
Archives
503[2009]
-
-
Luahan Hati10 tahun yang lalu
-
Posting to Temerloh10 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
post baru dengan penuh kemalasan14 tahun yang lalu
-
-
-
Salam...eh bestnya ko g kluang..jmpe aniep n membe2 lama..haha..pasal laptop baru uh,jgn la nyesal cz tak belaja btol2 ke apake..huhu..rilek sudah..tapi aq tertnya2..sapa la org kesayangn ko yg ko nak jumpa sangat uh..ngee~
itu rahsia~~~
nak tau call aku...
nak col jgak??in situation kah??