SELAMAT BERJUANG WAHAI SAHABAT!!!!

Assalamualaikum.

Ahad, 30 Mei 2010.

Sudah lebih 3 minggu rasanya tidak ber-blogging. Seruan belajar la katakan. Memang penat belajar di matrik ni. Mana tidaknya, pengajian 2 tahun di-compressed menjadi 1 tahun. Ramai yang naik ngeri bila menyebut tentang matrik. Tapi apakan daya, ini sahaja pilihan terakhir yang ada. Nak nyesal pun dah tak guna. Sepanjang cuti wesak ni, tinggal di matrik aja, tidak balik. Mahu belajar kononnya. Lagipun bukannya sambut wesak pun. Di kesempatan cuti ni, sempat hubungi rakan-rakan lama esp 503. Rindu mereka sangat2. Sekarang semua da bertebaran merata-rata. Tempat belajar pun dah lain2. Senarai pilihan mereka:

[USIM]
Safwan
Amirul Razali
Iqbal Hanif
Zaim Syafiq
Areena

[UIA PETALING JAYA]
Hafiz Yazid
Syaza

[UIA NILAI]
Zainal Abid

[UiTM PUNCAK ALAM]
Ridhauddin
Syamim Mazelan

[UM NILAM PURI]
Syed Daniel

[InTEC]
Hayyan

[MATRIK PERAK]
Iqbal Afiq

[STAYER]
Khairul Azry

[OVER SEA PROGRAMME-JAPAN]
Aiman Ismail

Itu dia. Rasanya ramai yang blaja area dekat2 Kay Ell. Cuti sem ni kita gath ya!!! Sayang korang. Apa2 pun, semoga korang berjaya di sana.

KOLEJ MATRIKULASI MELAKA...

Assalamualaikum.

Sabtu, 15 Mei 2010.

Baru je selesai orentasi di kolej matrikulasi melaka(KMM) semalam. Sedey+gembira bercampur baur. Teringat mula-mula masuk SMAKJ dan KISAS. Serasa mahu menangis. Macam-macam yang dialami di sini. Ramai juga rakan-rakan yang masuk ke sini juga. Antaranya:

KISAS
Anep Abdullah.
Reza.
Syaufiq.
Abu Bakar.
Eyqa.
Mer.
Syaza Ilyani.
Sabrina.
[muslimat suma ada 11 orang. Yang lain tak ingat nama] >.<

Malakat92

Fatin dorry.
Sarah.
Urai92(ain).

SMIH
Irfan Ahnaf.

Sek Keb Kempas
Irsyad Husin.

Kiranya tak bosan sangat la. Kalau bosan berbual je ngan membe di atas. Sepanjang orentasi, ramai gak kenal kawan baru. Biasa la, orang peramah la katakan. Dan di sini aku nak menonjolkan diri aku. Selain dapat markah koko, aku juga leh berkenalan dengan rakan-rakan baru. Mana tidaknya, di sini ada dekat lebih 2100++ students. Lagi satu, selamat menempuh alam matrik kepada suma kawan-kawan yang masuk matrik. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang bakal memasuki Universiti, khusus nya kepada kenalan rapatku, selamat berjaya! Di kala kau orang menempuhi minggu orentasi, kami telah 2 minggu belajar. Hahaha. Doakan aku ye kawan-kawan.

Salam mahabbah untuk semua.

HALA TUJU BARU...

Asslamualaikum.

Sabtu, 9 Mei 2010.

Sehari lagi sebelum pergi ke Melaka. Maklum lah, bakal pelajar Kolej Matrikulasi Melaka. Macam-macam barang yang dibeli. Dari baju sampai ke kasut. Haru-biru jadinya, membuat persiapan terakhir. Teringat pertama kali masuk ke asrama, semasa baru berusia 13 tahun. Sedih rasanya bila ditinggalkan keluarga. Tapi nak buat macam mana, kena juga duduk asrama. Mulanya, sekolah di Smakj atas dasar desakan keluarga. Tapi, setelah mengharungi sebulan persekolahan, rasa best pulak. Lepas 3 tahun di Smakj, beralih pula ke sekolah baru di Klang,KISAS. Sekarang, sudah ada hala tuju yang baru. Sebelum bertolak ke Melaka, pergi menziarahi kawan dan saudara. Tidak lupa kepada rakan-rakan crew KFC Plaza Angsana, tempat kerja pertama aku. Kepada rakan sekalian, 10 jari disusun memohon keampuanan andai terkasar bahasa dan terguris perasaan. Terima kasin yang tak terhingga kepada semua rakan yang menjadi pendorong kejayaan. Kepada rakan-rakan sekolah rendah, Smakj, KISAS dan Malakat92, semoga kalian berjaya dalam bidang yang diceburi. Ingat daku dalam doamu.

TAKZIAH...

Assalamualaikum.

Ahad, 2 Mei 2010.

Awal pagi, Angah menelefon aku:

Angah: Salam...
Aku: Wsalam...
Angah: Ni angah ni. Abg Afiq, abg tau kan Fahmi balik.
Aku: Kenapa Fahmi balik pulak. Bukan ke korang ade EZ Math?
Angah: Abg tak tau cerite ke?? Fahmi punya abg baru meninggal tadi.
Aku: Siapa??
Angah: Syafiq la...
Aku: Angah bia betul. Jangan main-main boleh tak??
Angah: Ya Allah, takkan la bnda2 cmni kite nak buat main.
Aku: Oke. Thanks Angah...

Selepas dari itu, ramai yang menelefon aku tanya soalan ini. Padahal aku tak tahu apa-apa pun. Cikgu Latifah juga telefon aku. Untuk kepastian aku menelefon Farhan Basar.

Ya Allah, sedih gila bila dengar berita ni. Padahal baru semalam aku jumpa Syafiq di Reunion Batch 18. Tiba-tiba air mata menitis. Tak sangka benda mcm ni boleh terjadi.

Arwah Syafiq bin Abdul Rahman, atau dikenali dengan nama Gus, merupakan seorang yang baik hati. Tidak pernah menyakiti hati aku. Dan arwah merupakan seorang yang happy sentiasa. Pemergiannya menghadap Illahi memberi kesan kepada semua ahli generasi 18. Semoga ruh arwah Gus berada dalam kalangan orang-orang yang beriman. Allah lebih menyayangi arwah.

Arwah Syafiq akan sentiasa berada dalam ingatan kami.

Menurut Hafizuddin, berikut adalah lagu kegemaran arwah Syafiq.

Andaiku Tahu-Ramli Sarip.

Kenangan terakhir.


Photobucket
Arwah Syafiq dalam kenangan.(kanan)

*Al-Fatihah kepada arwah Syafiq.

REUNION 18 BEST!!!

Assalamualaikum.

Sabtu, 1 Mei 2010.

Best sungguh tidur di Smakj. Untuk pengetahuan, kami sudah mintak izin warden oke! Malam semalam, jemput Eirfan Safwan di bus stand. Usai Qiamullail, tidur balik. Ngeh3. Kepenatan. Solat subuh berjemaah di surau sekolah. Mandi dan makan. Sambil menunggu Baim hantar adiknya ke bandar, sambung balik tidur di bilik tv. Dalam pukul 10, bertolak ke RFC.

Photobucket



* * * * * * * *

Sesampainya di RFC kami ke Kluang Mall dulu. Di sini la kami mula berjejak kasih dengan kawan-kawan yang lain. Samsaidee dan Hakim Zailan. Sebelum tu, Kechik jumpa aku sebab nak bagi duit yuran. Thanks Kechik!!! Dalam pukul 11, Ashikin telefon suruh photostat kan something. Oke!! Giliran aku dan Khairul Aiman pergi. Jalan kaki aja~~ malas nak nek keta. Jogging skali-skala apa salahnya.

Photobucket
Khairul Aiman.


Usai photostat, terus ke RFC. Wah!!! Kawan-kawan yang lain dah ramai yang datang. Speechless. Target aku cuma 50 orang yang datang. Tapi, alhamdulillah lebih 70 orang kesemuanya. Aku selaku peng-kerusi majlis beraksi. Mula-mula bincang pasal organisasi akatsuke yang baru. Dan terus ke agenda makanmelantak. Sambil makan aku bagi button batch kepada mereka semua. Macam-macam gelagat ada. SUMPAH aku rasa bahagia gila time tu. Jumpa balik kawan-kawan yang lama tak jumpa. SAYA RINDU KAMU SEMUA!!!

Photobucket
Pak Cik Kayo!!!

Photobucket
Syahid dan Syahrun.

Photobucket
Bersama Hazami.

Photobucket
Mereka sempoi~

Photobucket
Mereka smart.(Dari kiri:Kmen, Apis, Eirfan, Jannah[pandang belakang], Baim, Mursyid)

Photobucket
Kachak bergaya.

Photobucket
Pak Cik stylo.

Photobucket
Dia skema.


Usai makan, sesi photoshoot. Lepas ni tak tau la dapat jumpa mereka ke tidak. Semua dah ada hala tuju masing-masing. Dan kami mula berpecah ke destinasi masing-masing. Ada yang ke Gunung Berlumut, yang bermain bowling, pergi ke cc, menonton wayang, tidak kurang juga yang terus balik. Aku dan Baim dan Eirfan memilih untuk balik ke Smakj. Mana tidaknya, kepenatan melampau. Menguruskan perkara seperti ini tidak mudah seperti yang disangka. Tapi alhamdulillah semua bagi kerjasama. Rasa hilang sedikit kepenatan itu.

TERIMA KASIH KEPADA RAKAN-RAKAN KERANA SUDI DATANG!!!



* * * * * * * *

Petang, habiskan aktiviti dengan tidur, tidur dan tidur.

* * * * * * * *

Malam memunculkan diri. Selepas Isya', pergi ke kantin. Pedih, kantin tak reti nak bukak!!! Lama tunggu pun tak buka lagi. Kesan daripada tension, kami memutuskan makan di luar sahaja. Baru nak jimat duit. Ceyt. Mamat pon ada suruh kirim barang.

Selepas pulang daripada bandar, terus ke surau. Tempat penginapan kami. Ku keluarkan laptop kerana Sajid si junior nak sangat guna. Alang-alang tu, panggil Angah datang sekali. Maka bermulalah sesi melenjan laptop aku. Ada juga yang melenjan nset aku, Fahim. Orang last menggunakan laptop, Angah.

PhotobucketPhotobucket
Fahim, Hakim Jaffar junior.

PhotobucketPhotobucket
Angah si fotogenik.

Sementara Angah ada tu, minta tolong dia carikan font yang aku nak cari. Tapi kalu tak jumpa pon tak apa la. Akhirnya Angah jumpa font yang aku idamkan. Thanks!!! Credit to Angah. Berbual-bual ngan Angah sampai tertidur.


T.A.M.A.T