Asslamualaikum.
Sabtu, 9 Mei 2010.
Sehari lagi sebelum pergi ke Melaka. Maklum lah, bakal pelajar Kolej Matrikulasi Melaka. Macam-macam barang yang dibeli. Dari baju sampai ke kasut. Haru-biru jadinya, membuat persiapan terakhir. Teringat pertama kali masuk ke asrama, semasa baru berusia 13 tahun. Sedih rasanya bila ditinggalkan keluarga. Tapi nak buat macam mana, kena juga duduk asrama. Mulanya, sekolah di Smakj atas dasar desakan keluarga. Tapi, setelah mengharungi sebulan persekolahan, rasa best pulak. Lepas 3 tahun di Smakj, beralih pula ke sekolah baru di Klang,KISAS. Sekarang, sudah ada hala tuju yang baru. Sebelum bertolak ke Melaka, pergi menziarahi kawan dan saudara. Tidak lupa kepada rakan-rakan crew KFC Plaza Angsana, tempat kerja pertama aku. Kepada rakan sekalian, 10 jari disusun memohon keampuanan andai terkasar bahasa dan terguris perasaan. Terima kasin yang tak terhingga kepada semua rakan yang menjadi pendorong kejayaan. Kepada rakan-rakan sekolah rendah, Smakj, KISAS dan Malakat92, semoga kalian berjaya dalam bidang yang diceburi. Ingat daku dalam doamu.
Followers
Archives
503[2009]
-
-
Luahan Hati10 tahun yang lalu
-
Posting to Temerloh10 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
post baru dengan penuh kemalasan14 tahun yang lalu
-
-
-