Assalamualaikum.
Ahad, 2 Mei 2010.
Awal pagi, Angah menelefon aku:
Angah: Salam...
Aku: Wsalam...
Angah: Ni angah ni. Abg Afiq, abg tau kan Fahmi balik.
Aku: Kenapa Fahmi balik pulak. Bukan ke korang ade EZ Math?
Angah: Abg tak tau cerite ke?? Fahmi punya abg baru meninggal tadi.
Aku: Siapa??
Angah: Syafiq la...
Aku: Angah bia betul. Jangan main-main boleh tak??
Angah: Ya Allah, takkan la bnda2 cmni kite nak buat main.
Aku: Oke. Thanks Angah...
Selepas dari itu, ramai yang menelefon aku tanya soalan ini. Padahal aku tak tahu apa-apa pun. Cikgu Latifah juga telefon aku. Untuk kepastian aku menelefon Farhan Basar.
Ya Allah, sedih gila bila dengar berita ni. Padahal baru semalam aku jumpa Syafiq di Reunion Batch 18. Tiba-tiba air mata menitis. Tak sangka benda mcm ni boleh terjadi.
Arwah Syafiq bin Abdul Rahman, atau dikenali dengan nama Gus, merupakan seorang yang baik hati. Tidak pernah menyakiti hati aku. Dan arwah merupakan seorang yang happy sentiasa. Pemergiannya menghadap Illahi memberi kesan kepada semua ahli generasi 18. Semoga ruh arwah Gus berada dalam kalangan orang-orang yang beriman. Allah lebih menyayangi arwah.
Arwah Syafiq akan sentiasa berada dalam ingatan kami.
Menurut Hafizuddin, berikut adalah lagu kegemaran arwah Syafiq.
Kenangan terakhir.
*Al-Fatihah kepada arwah Syafiq.
innalillah. takziah.
al-fatihah.
Takziah.
semoga roh arwah dicucuri rahmat..