UJIAN PALING SENANG(UPS)

Assalamualaikum.

18 Julai 2010.

Update terbaru. Diri ini masih di KMM lagi. Jangan risau. Tidak ke mana-mana. Masih setia di sini. Mungkin tidak mampu untuk ke tempat lain. Atau tidak ada perancangan untuk keluar dari sini. Baik ini bukan point utama. Ups, ya UPS. Mudah? Entah lah. Belum boleh 'mengukur' definisi mudah untuk ups. Mungkin kerana belum diuji. Tidak, jangan risau. Definisi 'mudah' bakal diuji Isnin ini. Bereksperimentasi tentunya. Maklumlah, bakal engineer mesti suka eksperimen. Harap empat rata tiada duri. Sudah letih mengejar lorong beronak. Habis semua luka berdarah. 2000 lebih, siapa terhebat ya? 3 hari, satu jam untuk setiap satu hari sahaja. Takkan tak boleh? Wahai otak, bekerjalah dikau. Jangan malas nanti kau tersungkur tiada yang sudi menolong. Kawan-kawan? Itu tiada komen. Mereka macam awan. Mudah berubah bentuk. Cuba untuk tidak terlalu bergantung. Yang pasti cuti itu hampir. Yes! Ternanti saat itu. Tak mengapa, akan tiba juga. Tapi, mereka cuti dahulu. Padahal aku belajar dulu. Cemburu teramat. Tak apa, kau orang, budakbudak uitm, tunggu giliran aku cuti. Sama cuti dengan usim gayanya. Bagus! Jangan lupa gath nanti ya.

.:sang perindu:.
Kampung Londang.

This entry was posted by .:Me,Myself And I:.. Bookmark the permalink.

2 thoughts on “UJIAN PALING SENANG(UPS)”

Leave a Reply