Untuk apa itu??

Assalamualaikum

13 Julai 2010.

Dua bulan rasanya sudah menjadi ahli keluarga Kolej Matrikulasi Melaka. Perasaan gembira bahagia berbaur duka lara sudah dirasa. Jiwa melayang, otak menerawang, itu sentiasa menghantui kami. Ya, F6P3. Bertuah rasa hati dapat kumpulan itu. Lihat pada nombornya, enam dan tiga, sejuk mata memandang. Bergerak selaku ketua, tanggungjawab menjadi perbualan hari-hari. Serasa kebahagiaan direnggut olehnya. Umpama diri ini hampir pasti jatuh terjelopok. Semua gara-gara dia! Walhal kerja lain juga menanti. Tapi, apakan daya. Itu teras yang harus dipikul. Kerana aku akan ditanya tentang itu suatu hari nanti, pasti. Bersyukur bila mereka memberi sumber kekuatan, sumber yang sudah penat dicari. Mereka ahli-ahli yang baik, juga ceria. Kredit kepada Zoey, yang penat meminta dan memegang duit. Juga kepada Khan yang baik hati memberi pinjam nota. Kepada Kid dan Dino, mereka umpama penunjuk arah. Ceritera ini belum terhenti. Banyak yang harus ditempuhi. Sekurang-kurangnya untuk beberapa bulan lagi. Harap komitmen mereka tetap sama, atau mungkin bertambah. Ceritera yang sama aku cipta semasa di tingkatan 5. Mungkin ini awal sedikit. Yang pasti, aku rindu semua.

-salam sayang dariku, jaga diri baik-baik-

.:derita merindu:.
1.25 a.m.

This entry was posted by .:Me,Myself And I:.. Bookmark the permalink.

One thought on “Untuk apa itu??”

Leave a Reply