MALAKAT92: DARI ALAM MAYA KE REALITI

Assalamualaikum

Ahad, 22 Ogos 2010.

Alhamdulillah, setelah lama mengidam hendak ke gathering Malakat akhirnya hajat termakbul. Ketemu jua dengan sahabat-sahabat yang selama ini hanya dikenali melalui forum Malakat92. Sungguh gembira, gembira tak terkata. Walaupun diri ini agak kekok, tapi masih dilayan mesra. Terharu. Teruja bila dapat berjumpa kawan-kawan, bukan di alam maya, tapi realiti. Pertama kali rasanya berjumpa mereka. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada mereka semua. Ini kenangan manis, semanis madu.

Pertama, terima kasih kepada inche Ameer Al Hakeem@ Akeem kerana sudi menolong saya. Saya rasa amat terharu. Walaupun tak dapat tidur di UIA. Tak apa, lain kali boleh kan???Muahahaha...Kedua, buat Zulfahmi, kau peramah orangnya. Best dapat berbual ngan kau. Seterusnya Maziah. Amboi mak cik sorang ni. Rupanya kau lagi becok di alam realiti dari alam maya. Gurau-gurau ya makcik. Jangan marah. Lain ialah Faizwmf&Zulhelmi. Terima kasih sudi tumpangkan aku tidur di UM. Buat Faiz Neo, kau pon pendiam macam aku kan. Gath seterusnya turn kita wat haru-biru plak. Hahahaha. Buat Rusyda, lain kali jangan sombong-sombong ya('',). Kepada Mokjan, jangan bagi hidung anda tercabut. Tahan ia. Kepada Tarmizi, Peng si photographer, Afiq, Awin, Mira Edoora, Farah Ninie dan lain-lain(tak ingat nama >.<) terima kasih kerana sudi berkenalan dengan diri ini.

Semoga persahabatan kita ini akan kekal selamanya. Tak sabar nak tunggu GATH seterusnya. Buat ya Akeem. Uhibbukum fillah.... Salam persahabat, salam malakat....

This entry was posted by .:Me,Myself And I:.. Bookmark the permalink.

5 thoughts on “MALAKAT92: DARI ALAM MAYA KE REALITI”

Leave a Reply