Assalamualaikum.
Sabtu, 14 Ogos 2010.
SALAM RAMADHAN!!! Rasanya belum terlambat untuk ucapkan kepada semua. Ramadhan, saat yang ditunngu sudah tiba. Apa persiapan kita untuk ramadhan kali ini? Sudahkah kita mempersiapkan fizikal kita untuk bersembahyang terawih. Macam-macam pandangan orang di luar sana berkenaan dengan ramadhan.
Diceritakan pada zaman Rasulullah, para sahabat sangat menantikan bulan yang mulia ini. Sehinggakan enam bulan sebelum ketibaan ramadhan, mereka sudah berdoa supaya dapat dipertemukan dengan bulan ini. Apabila berlalunya ramadhan, enam bulan berikutnya mereka berdoa supaya amalan mereka sepanjang bulan ramadhan diterima. Begitulah senario ramadhan, berkurun sebelum ini. Ramadhanlah peluang untuk memohon keampunan. Allah mengarahkan malaikat untuk menghias pintu syurga, manakala pintu neraka ditutup rapat. Syaitan yang selama ini menjadi musuh dibelenggu, diawas ketat. Banyak kelebihan bulan mulia ini. Al-Quran yang menjadi petunjuk, juga diturunkan pada bulan ramadhan. Malam yang lebih baik dari malam seribu bulan, lailatul qadr, hanya ada pada bulan ramadhan. Subhanallah!!!
Itu dahulu... bagaimana dengan sekarang, zaman serba moden ini?? Adakah semangat ramadhan kita sama seperti dahulu?? Tak semua yang menghayati bulan mulia ini sepenuhnya. Bagi yang belum cukup dewasa, mungkin pemikiran mereka tertumpu pada bermain bunga api dan segala bagai mercun, atau mungkin sudah bersiap untuk raya. Bagi yang dewasa pula, puasa tidak dititikberatkan. Malah ada yang berpuasa kerana adat, atau takut ditangkap Majlis Agama. Hakikatnya, puasa dijadikan umpama angin lalu. Syawal juga yang bertahta di hati.
Ya, saya tahu, syaitan dibelenggu saat tibanya ramadhan. Tapi, nafsu kan masih ada. Nafsu kita terkadang boleh jadi lebih jahat dari syaitan. Betul, saya tidak tipu. Sudah, terbidas kata-kata mereka yang menafikan perbuatan jahat di bulan ini. Sebab itu ada yang masih merokok bersahaja di khalayak ramai, khusus buat yang tegar. Ada juga yang sanggup melakukan maksiat di sana sini. Nah, ini buktinya kenapa maksiat masih wujud di bulan mulia ini. Sila kawal nafsu anda supaya anda tidak dikawal nafsu. Ingatlah pada yang tersayang.
Pada para ibu, pasti mereka sudah memikirkan masakan untuk raya. Betul tak? Hahaha... Hias rumah, baju raya, bahan masakan mesti memeningkan mereka. Ini antara contoh amalan yang boleh membawa pembaziran. Bukan itu sahaja, cuba lihat di bazar-bazar ramadhan. Ramai sekali manusia berderet membeli makanan. Itu saya tidak kesah. Tapi yang menjadi persoalan, adakah mereka membeli melebihi keperluan mereka, atau dengan kata lain membazir??? Ini yang menjadi masalah. Terlalu asyik berbuka, sehingga perut kembung. Sudahnya terawih ke laut, tidak didirikan. Awas dengan sifat membazir. Membazir amalan syaitan, tapi syaitan sudah dibelenggu, jadi....??? Fikir-fikirkan.
Kesimpulan, kitalah yang menentukan sama ada ramadhan kita tahun ini menjadi lebih baik atau sebaliknya. Banyakkan berdoa kepada Allah supaya ramadhan kita menjadi tiket kita untuk ke syurga sana. Sama-samalah kita berdoa.