MAAF, SAYA TIDAK SEMPURNA...

Assalamualaikum.

Selasa, 10 Ogos 2010.

Oh, agak sensitif post kali ini. Maaf, bukan niat untuk melampias rasa tidak puas hati kepada sesiapa. Cuma sekadar pengajaran semata-mata.

Saya tahu saya manusia biasa. Saya tahu, memegang tanggungjawab bukanlah mudah. Saya juga sedar, saya tidak sempurna untuk menjadikan sesuatu itu sempurna. Tapi, saya cuba jadi yang terbaik. Saya tidak mahu tanggungjawab saya abaikan. Saya tak nak dipersoal di akhirat tentang itu dan ini. Kerana tanggungjawab itu mereka yang amanahkan pada saya. Mereka memilih saya. Tak tahu lah kalau mereka memilih atas dasar mahu melepaskan tanggungjawab. Saya akur....

Tapi, mengapa saya sering dituduh itu dan ini? Tidak menjalankan tanggungjawab, tidak amanah, segala yang tidak tidak. Kenapa? Saya sudah cuba yang terbaik untuk mereka. Malang, ia tidak dihargai. Umpama memberi kebaikan kepada mereka, tetapi dibalas dengan tahi. Sedih. Kepada mereka, saya memohon 10 jari memohon kemaafan. Saya tahu, saya bukanlah yang terbaik untuk mereka. Maaf sekali lagi.

Saya sedar, ini semua dugaan Allah. Saya redha. Semoga Allah memberikan kebaikan kepada saya suatu hari kelak. Amin.

This entry was posted by .:Me,Myself And I:.. Bookmark the permalink.

One thought on “MAAF, SAYA TIDAK SEMPURNA...”

Leave a Reply