Assalamualaikum.
Jumaat, 6 Ogos 2010.
Kembali ber-blogging semula. Jumaat yang mulia, tiba-tiba terasa ingin meluahkan rasa hati. Jika diluahkan pada manusia, sukar untuk mereka fahami. Kalau dengarpun, mungkin terpaksa. Siapalah diri ini untuk memaksa mereka memasang telinga mendengar celoteh biasa-biasa. Blog juga menjadi teman setia.
Sudah hampir 8 bulan purnama meninggalkan alam sekolah. Angka 8, agak besar nombor itu. Cuba tukar kepada hari. Cuba pula tukar kepada jam, mungkin juga minit atau saat. Mungkin ada yang mengatakan diri ini sudah mula lupa asal usul, setelah terjinak menikmati kehidupan alam manusia dewasa. Tidak!! Diri ini belum sedia menghadapi saat itu. Teringat pula nostalgia muda-muda. Saat menjejak kaki ke alam tarbiyah yang betul-betul tarbiyah. Serasa mahu kembali ke alam itu semula.
54, ya itu nombor bertuah generasi kami. Mahu tidak mahu harus akur dengan nombor itu. Tingkatan 4, zaman malu-malu. Serata negeri berkumpul di tempat itu. Mula mengenali rakan sebilik, 4 orang. Hakikatnya ia tetap bilik walaupun dinamakan dorm. Orentasi sebahagian aktiviti biasa awal kemasukan. Kami dipaksa untuk menghafal nama sahabat-sahabat. Hakikatnya ia suatu yang manis, semanis madu. Rindu pula saat itu.
Setahun berlalu, tingkatan 5 punya ceritera. SPM yang menakutkan. Ngeri dan menyentap jantung. 503 kelas bahagia. Rindu mereka juga. Ukhuwah batch mula terjalin erat, sangat erat! Ramai kawan membantu. Ramai kawan yang memimpin diri ini saat tersesat. Ismat, selaku guru kimia. Ilman guru math tambahan. Syed Daniel pula guru biologi. Terima kasih semua! Terima kasih tak terhingga. Kau orang telah memberikan memori yang sukar dilupa. Ya, sukar dilupa.
Kini diri ini berada di tempat baru. Serba baru. Kawan baru, kelas baru. Bilik juga baru. Senang cerita semua baru. Suasana sangat berbeza. Tiada yang memimpin. Tiada yang menolong saat tersesat. Aku rindu masa dulu. Sangat rindu. Aku rindu mereka memimpin aku. Aku rindu mereka mengajarku. Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menghadapi segala ujian ini. Tabahkanlah diri ini. Amin.
p/s: Boleh tak kalau saya kata saya mahu menangis???
Followers
Archives
503[2009]
-
-
Luahan Hati10 tahun yang lalu
-
Posting to Temerloh10 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
post baru dengan penuh kemalasan14 tahun yang lalu
-
-
-
true. Me too :C
Ko wat aq sedih lah afiq..aq un sama sgt rindu..bila nak gather ramai2 ni??..sedihnya
aku un KT..
hurmmm susah nak cari kat tempat lain T_T