LADY GAGA DAN RAHSIA

Assalamualaikum

24 Ogos 2010.

Ceritera di bawah saya temui di Facebook seorang rakan. Semoga dapat membuka mata hati kita.

Pesanan to Alejandro.... Baca sampai abis yek...





Semoga apa yang nak saya sampaikan harini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua khususnya kepada peminat peminat cik Gaga ni. Insya-Allah.. Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang saya sudah tahu tentang dia dan illuminati. Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release. Banyak kontroversi tentang video ni. Time nak tengok tu macam ragu-ragu jugak .Yelah vid cik Gaga ni saya sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah..Tapi oleh sebab nak mengkaji apa yang ada dalam vid dia kali ni jadi saya play jugak vid dia. Jadi seperti yang disangka. Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memang Illuminati puppet. Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh so far ..

Video yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik. Saya akan cuba explain dari apa yang saya dah dapat di satu web. Rasanya ramai jugak yang dah tahu cik Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati. Bagi mereka yang tak tahu apa itu illuminati boleh lah keweb ni http://mistisfiles.blogspot.com/ and tengok dekat belah kanan cari Jentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal ..Ada complete explanation tentang Illuminati and Freemason juga Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak saya explain lepas ni ..

Dalam video terbaru dia .Ada sesuatu yang cuba disampaikan .Ada jalan cerita yang tersembunyi di sebalik lagu yang dinyanyikan .Kalau hanya dengar lagu ,mungkin tak banyak yang kita boleh tahu .Kita akan mula analisa dari permulaan video lagu Alejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video. Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda.

Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi dan beberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkin mengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salah satu laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memegang hexagram sebagai tahanan berbaris.

"I know that we are young.And I know you may love me. But I just can't be with you like this anymore, Alejandro."

Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman .Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam danmembawa Sacred Heart (Hati Kudus) .Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart? Tengok gambar bawah.. Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hati biasa-biasa tapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang samacam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus).. Google untuk baca lebih lagi ..

But I just can't be with you like this anymore, Alejandro. Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? And then dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapan nya tak .. Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham . Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam.. Jadi kalau bukan manusia. Apa dan siapa Alejandro?

Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - TheAll-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifat sejati dari kekuatannya.

Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang 'control' dia. Atau senang kita guna istilah dia adalah 'mind-control slave' .Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dia nampak kosong, nampak bingung betul-betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannya - oleh Gaga si illuminatist tak guna.

Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring, memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih .Okay jadi boleh nampak kan ..Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part : "Stop,please, just let me go, Alejandro" .Sebaik saja diasebut "Alejandro" Gaga mengangkat dua tangannya kelangit. Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia.

"She hides true loveEn su bolsillo. She's got a halo 'round her finger, Around you."

Maksud lirik ni pulak .A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan..

Selepas sahaja lirik tu... Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula.. Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan memeluk satu spirituality yang baru. Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian(Syaitan). Kenapa kata jadi paderi Syaitan?

(Mata Satu yang kita tahu simbolik kepada Illuminati)

Saya kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Gaga di atas.. Ada banyak sangat simbol salib terbalik .Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas .Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagi agama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan. Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untukmenghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain. Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..

Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan .Untuk memuja dan menyeru syaitan ..

" In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (...) Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore it has no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of whitemagic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed." - Manly P. Hall

Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan.Dont bother me, Dont bother me,Alejandro (merujuk kepada tuhan)

Don't call my name , Don't callmy name, Bye Fernando ..I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Diangkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan .Mengangkat seperti mengagungkan Gaga,menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka.

Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakandalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih.. Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer .Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer..

I'm not your babe I'm not your babe, Fernando. Waktumenyebut perkataan Fernando, Gaga membuat simbol tangan macam tu(yang jelas merujuk kepada Jesus) .Itu adalah tanda berkat bagi ajaran Kristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Jangan lah ingat Gaga tu buat simbol tu suka-suka .Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri.Kita yang kena solve apa makna dia..

Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..Gaga dah menghina kristian cukup banyak dalam video dia .Gaga menyanyi sambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :

" Don't call my name,Don't call me Name Bye Fernando (Jesus) "

Dan di akhir video ...Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula di-control ..Oleh siapa ? Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga ni .Siapa dalang disebalik semua ni ?Siapa ketua ?Anda mampu cari jawapan nya kan? Insya-Allah pasti ..

Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam.. bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romancae. Jadi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spirituallain. Hmm lepas ni apa ? Menghina Al-Quran dan Islam? Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah ...

Cik Gaga ni membawa bersamanya semua agenda illuminati dan tak tahu la macam mana ramai yang boleh terpukau dengan dia . Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragu dengan diri Gaga ,tindakan nya dalam setiap video. tapi masih tidak boleh berhentimendengarkannya. Ingin saya katakan kat sini ,berhentilah mendengar lagu Gaga.Tidak mustahil nanti dia akan cuba menyelitkan lirik yang akan menyebutLa-la-la Allah .(Tiada Allah) .Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai.Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan iahanya lagu) dan pada saat itu ,apa akan jadi ? Ya Allah ,lindungi lah kamidari tipu daya syaitan dan sekutu nya.. Amin ya rabbalalamin. Sumber asal: vigilant citizen :)

Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya"(Al-Isra' 17:36)

MALAKAT92: DARI ALAM MAYA KE REALITI

Assalamualaikum

Ahad, 22 Ogos 2010.

Alhamdulillah, setelah lama mengidam hendak ke gathering Malakat akhirnya hajat termakbul. Ketemu jua dengan sahabat-sahabat yang selama ini hanya dikenali melalui forum Malakat92. Sungguh gembira, gembira tak terkata. Walaupun diri ini agak kekok, tapi masih dilayan mesra. Terharu. Teruja bila dapat berjumpa kawan-kawan, bukan di alam maya, tapi realiti. Pertama kali rasanya berjumpa mereka. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada mereka semua. Ini kenangan manis, semanis madu.

Pertama, terima kasih kepada inche Ameer Al Hakeem@ Akeem kerana sudi menolong saya. Saya rasa amat terharu. Walaupun tak dapat tidur di UIA. Tak apa, lain kali boleh kan???Muahahaha...Kedua, buat Zulfahmi, kau peramah orangnya. Best dapat berbual ngan kau. Seterusnya Maziah. Amboi mak cik sorang ni. Rupanya kau lagi becok di alam realiti dari alam maya. Gurau-gurau ya makcik. Jangan marah. Lain ialah Faizwmf&Zulhelmi. Terima kasih sudi tumpangkan aku tidur di UM. Buat Faiz Neo, kau pon pendiam macam aku kan. Gath seterusnya turn kita wat haru-biru plak. Hahahaha. Buat Rusyda, lain kali jangan sombong-sombong ya('',). Kepada Mokjan, jangan bagi hidung anda tercabut. Tahan ia. Kepada Tarmizi, Peng si photographer, Afiq, Awin, Mira Edoora, Farah Ninie dan lain-lain(tak ingat nama >.<) terima kasih kerana sudi berkenalan dengan diri ini.

Semoga persahabatan kita ini akan kekal selamanya. Tak sabar nak tunggu GATH seterusnya. Buat ya Akeem. Uhibbukum fillah.... Salam persahabat, salam malakat....

RAMADHAN KARIM!

Assalamualaikum.

Sabtu, 14 Ogos 2010.

Photobucket


SALAM RAMADHAN!!! Rasanya belum terlambat untuk ucapkan kepada semua. Ramadhan, saat yang ditunngu sudah tiba. Apa persiapan kita untuk ramadhan kali ini? Sudahkah kita mempersiapkan fizikal kita untuk bersembahyang terawih. Macam-macam pandangan orang di luar sana berkenaan dengan ramadhan.

Diceritakan pada zaman Rasulullah, para sahabat sangat menantikan bulan yang mulia ini. Sehinggakan enam bulan sebelum ketibaan ramadhan, mereka sudah berdoa supaya dapat dipertemukan dengan bulan ini. Apabila berlalunya ramadhan, enam bulan berikutnya mereka berdoa supaya amalan mereka sepanjang bulan ramadhan diterima. Begitulah senario ramadhan, berkurun sebelum ini. Ramadhanlah peluang untuk memohon keampunan. Allah mengarahkan malaikat untuk menghias pintu syurga, manakala pintu neraka ditutup rapat. Syaitan yang selama ini menjadi musuh dibelenggu, diawas ketat. Banyak kelebihan bulan mulia ini. Al-Quran yang menjadi petunjuk, juga diturunkan pada bulan ramadhan. Malam yang lebih baik dari malam seribu bulan, lailatul qadr, hanya ada pada bulan ramadhan. Subhanallah!!!

Itu dahulu... bagaimana dengan sekarang, zaman serba moden ini?? Adakah semangat ramadhan kita sama seperti dahulu?? Tak semua yang menghayati bulan mulia ini sepenuhnya. Bagi yang belum cukup dewasa, mungkin pemikiran mereka tertumpu pada bermain bunga api dan segala bagai mercun, atau mungkin sudah bersiap untuk raya. Bagi yang dewasa pula, puasa tidak dititikberatkan. Malah ada yang berpuasa kerana adat, atau takut ditangkap Majlis Agama. Hakikatnya, puasa dijadikan umpama angin lalu. Syawal juga yang bertahta di hati.

Ya, saya tahu, syaitan dibelenggu saat tibanya ramadhan. Tapi, nafsu kan masih ada. Nafsu kita terkadang boleh jadi lebih jahat dari syaitan. Betul, saya tidak tipu. Sudah, terbidas kata-kata mereka yang menafikan perbuatan jahat di bulan ini. Sebab itu ada yang masih merokok bersahaja di khalayak ramai, khusus buat yang tegar. Ada juga yang sanggup melakukan maksiat di sana sini. Nah, ini buktinya kenapa maksiat masih wujud di bulan mulia ini. Sila kawal nafsu anda supaya anda tidak dikawal nafsu. Ingatlah pada yang tersayang.

Pada para ibu, pasti mereka sudah memikirkan masakan untuk raya. Betul tak? Hahaha... Hias rumah, baju raya, bahan masakan mesti memeningkan mereka. Ini antara contoh amalan yang boleh membawa pembaziran. Bukan itu sahaja, cuba lihat di bazar-bazar ramadhan. Ramai sekali manusia berderet membeli makanan. Itu saya tidak kesah. Tapi yang menjadi persoalan, adakah mereka membeli melebihi keperluan mereka, atau dengan kata lain membazir??? Ini yang menjadi masalah. Terlalu asyik berbuka, sehingga perut kembung. Sudahnya terawih ke laut, tidak didirikan. Awas dengan sifat membazir. Membazir amalan syaitan, tapi syaitan sudah dibelenggu, jadi....??? Fikir-fikirkan.

Kesimpulan, kitalah yang menentukan sama ada ramadhan kita tahun ini menjadi lebih baik atau sebaliknya. Banyakkan berdoa kepada Allah supaya ramadhan kita menjadi tiket kita untuk ke syurga sana. Sama-samalah kita berdoa.

MAAF, SAYA TIDAK SEMPURNA...

Assalamualaikum.

Selasa, 10 Ogos 2010.

Oh, agak sensitif post kali ini. Maaf, bukan niat untuk melampias rasa tidak puas hati kepada sesiapa. Cuma sekadar pengajaran semata-mata.

Saya tahu saya manusia biasa. Saya tahu, memegang tanggungjawab bukanlah mudah. Saya juga sedar, saya tidak sempurna untuk menjadikan sesuatu itu sempurna. Tapi, saya cuba jadi yang terbaik. Saya tidak mahu tanggungjawab saya abaikan. Saya tak nak dipersoal di akhirat tentang itu dan ini. Kerana tanggungjawab itu mereka yang amanahkan pada saya. Mereka memilih saya. Tak tahu lah kalau mereka memilih atas dasar mahu melepaskan tanggungjawab. Saya akur....

Tapi, mengapa saya sering dituduh itu dan ini? Tidak menjalankan tanggungjawab, tidak amanah, segala yang tidak tidak. Kenapa? Saya sudah cuba yang terbaik untuk mereka. Malang, ia tidak dihargai. Umpama memberi kebaikan kepada mereka, tetapi dibalas dengan tahi. Sedih. Kepada mereka, saya memohon 10 jari memohon kemaafan. Saya tahu, saya bukanlah yang terbaik untuk mereka. Maaf sekali lagi.

Saya sedar, ini semua dugaan Allah. Saya redha. Semoga Allah memberikan kebaikan kepada saya suatu hari kelak. Amin.

RINDU SAMA 54.

Assalamualaikum.

Jumaat, 6 Ogos 2010.

Kembali ber-blogging semula. Jumaat yang mulia, tiba-tiba terasa ingin meluahkan rasa hati. Jika diluahkan pada manusia, sukar untuk mereka fahami. Kalau dengarpun, mungkin terpaksa. Siapalah diri ini untuk memaksa mereka memasang telinga mendengar celoteh biasa-biasa. Blog juga menjadi teman setia.

Sudah hampir 8 bulan purnama meninggalkan alam sekolah. Angka 8, agak besar nombor itu. Cuba tukar kepada hari. Cuba pula tukar kepada jam, mungkin juga minit atau saat. Mungkin ada yang mengatakan diri ini sudah mula lupa asal usul, setelah terjinak menikmati kehidupan alam manusia dewasa. Tidak!! Diri ini belum sedia menghadapi saat itu. Teringat pula nostalgia muda-muda. Saat menjejak kaki ke alam tarbiyah yang betul-betul tarbiyah. Serasa mahu kembali ke alam itu semula.

54, ya itu nombor bertuah generasi kami. Mahu tidak mahu harus akur dengan nombor itu. Tingkatan 4, zaman malu-malu. Serata negeri berkumpul di tempat itu. Mula mengenali rakan sebilik, 4 orang. Hakikatnya ia tetap bilik walaupun dinamakan dorm. Orentasi sebahagian aktiviti biasa awal kemasukan. Kami dipaksa untuk menghafal nama sahabat-sahabat. Hakikatnya ia suatu yang manis, semanis madu. Rindu pula saat itu.

Setahun berlalu, tingkatan 5 punya ceritera. SPM yang menakutkan. Ngeri dan menyentap jantung. 503 kelas bahagia. Rindu mereka juga. Ukhuwah batch mula terjalin erat, sangat erat! Ramai kawan membantu. Ramai kawan yang memimpin diri ini saat tersesat. Ismat, selaku guru kimia. Ilman guru math tambahan. Syed Daniel pula guru biologi. Terima kasih semua! Terima kasih tak terhingga. Kau orang telah memberikan memori yang sukar dilupa. Ya, sukar dilupa.

Kini diri ini berada di tempat baru. Serba baru. Kawan baru, kelas baru. Bilik juga baru. Senang cerita semua baru. Suasana sangat berbeza. Tiada yang memimpin. Tiada yang menolong saat tersesat. Aku rindu masa dulu. Sangat rindu. Aku rindu mereka memimpin aku. Aku rindu mereka mengajarku. Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menghadapi segala ujian ini. Tabahkanlah diri ini. Amin.

p/s: Boleh tak kalau saya kata saya mahu menangis???