MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN

Assalamualaikum.

Khamis, 29 April 2010.

Malam Sabtu, bersama Baim memandu ke Kluang. Pertama kali bawa kenderaan di jalan raya. Agak menakutkan tetapi terpaksa meng-konfiden-kan diri.

Alhamdulillah, setelah lama berniat pergi ke Smakj, akhirnya tercapai juga. Yay!! Perasaan rindu membuak-buak berjumpa orang tersayang. Kekok pada awalnya. Maklumlah, siapalah diri ini. Sehingakan guru-guru ada yang tidak kenal. Tak mengapalah. Mungkin mereka tak ajar aku zaman dulu. Yang penting dapat melihat muka-muka bijak pandaibestari batch aku. Syahid, budak paling sengalbijak di sekolah. Habuan sebuah laptop Acer untuk beliau. Agak sangat jealous bila dengar dia dapat lappy baru. *Terasa menyesal pulak tak blaja betul-betul*. Kedua, Shahir. Kembar Syahid. Dua orang kembar ni susah nak dikalahkan. Tapi ada satu bnda yang aku respek mereka berdua. Mereka tidak pernah bosan mengajar orang macam aku ni. Terima kasih kembar!!!

Terasa bosan mendengar bebelbicara VIP, Anep datang menyelamatkan keadaan. Bersyukur. Keluar bandar bersama beliau. Aktiviti biasa, bermain PS.

Sejam suda abis main, kembali ke sekolah.

Petang, bersama Taufik dan Anep dan Baim dan Ashikin pergi ke RFC(Radix Fried chicken). Makanan halal diadaptasi daripada KFC. Berbincang untuk persiapan Reunion kali terakhir. Hati tidak putus berdoa agar pertemuan ini diberkati dan mendapat sambutan. InsyaAllah, jadi.

Teringin nak tengok mid night movie. Ceritera Ip Man. Cerita cina mengisahkan seorang guru kung fu yang mementingkan keharmonian dan maruah.

Malam menetapmenumpang di ruamah Anep. Esok, masih banyak lagi cabaran yang perlu dihadapi.

HEBOH KE KEPOH?

Assalamualaikum.

Isnin,26 April 2010.




Terlupa nak post blog semalam. Harap maaf.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Second time pergi Jom Heboh, sama sahaja~. Sebenarnya tujuan utama nak beli no handset yang baru. Sebab yang lama ada masalah sikit. Tiba-tibe ter-hengat kata-kata Azry:

"Segala yg kita buat bergantung pada niat." >.<

Mula sampai, manusia sudah ramai. Apa tak tidur ke mereka semata-mata mahu ke sini??? Perut berbunyi dulu. Isi perut sebelum berjalan. Bergendang. Usai makan, teruskan mengembara berjalan. Masuk booth MHI tak silap. Ni yang aku tak puas hati.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Aku jumpa ZAHIRIL ADZIM. Wah, tak sangka kaw datang JB rawk city ni ya. Aku peminat kaw tahu. Siaran Live pulak tu. Tapi...... yang aku sedih, kenapa kaw buat muka kayu??? Aku tengok, Tam punya la kepoh kencang bercakap. Kaw??? Mulut kaw ada emas ya??? Artis pun malu juga??? hahaha... Baru aku tahu. Mula-mula aku teruja, tapi jadi kecewa. Sebab kaw la. Tapi suara kaw sedap la, best. >.< Jangan risau, aku tetap peminat kaw. >.< Aku pakai baju hitam, kenal??? Btw, aku suka baca blog kaw. Thumb up!!

Sampai ke gerai Hotlink, belilah satu no baru. Chantek juga nombornya. Baim pilihkan. Kalau aku pilih, sampai esok pun tak pilih-pilih lagi.

Photobucket



Gambar di bawah ini khas untuk orang yang ketagih.

Photobucket

Geram betul budak baju hitam(kanan) tu dapat poster.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Masa untuk pulang, tak mahu lama-lama. Kereta macam semut. Tapi, kenapa korang kedekut sangat ya??? Kami nak keluar, kau orang nak masuk. Kenapa tak bagi kami keluar dulu??? Nasib baik ada pakcik polis trafik.

Photobucket



Baru keluar dari jalan yang sesak, dan......

**Bahagian ini telah dipotong kerana mengandungi adegan segan**

Photobucket

Aku benci kereta depan ni.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Terpaksa untuk tidak makan tengah hari. Bukan tidak mahu, tapi TERPAKSA. Milo sahaja jadi pengalas perut.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Pergi ke Maahad Johor. Erk, bosan dah kot ke sana. Asyik menghadap mereka. Dasar muka tembok. Lepas ni taubat tak mahu pergi. =.=''


Photobucket

Shahir >.<

p/s:Orang Jay Bee memang sporting....RAWK!!!!


MARI BELAJAR...

Assalamualaikum.

Rabu,14 April 2010.

Pernah dengar tak Quotes "Penantian itu satu penyeksaan"?? Mula-mula ingatkan itu hanya ilusi semata-mata, khayalan orang gila cinta la katakan. Rupanya ayat itu banyak maknanya yang tersirat. Wah, sesi Bahasa Melayu pula dah. Currently, masih duduk di rumah. Menanam anggur dan menternak lemak aiman . Tapi ditegaskan, diri ini bukanlah penternak yang berjaya. Sedang menunggu keputusan UPU keluar. Dah macam menunggu pinangan la pulak. Dulu katanya 10 hari selepas tutup permohonan. Tunggu dan tunggu dan tunggu, tak keluar juga. Yang terbaru 16/4 ni. Oke takpa, aku tunggu juga. Tak keluar juga siap kau!!! Hahaha... Memikirkan Universiti mana nak pergi membuatkan diri ini berserabut. Lebih serabut daripada cek den biasa. Ada juga dapat tawaran universiti swasta. Bidang yang ditawarkan asasi sains komputer. Tapi tengok dulu la, harus buat pilihan yang tepat. Soal masa depan jangan diambil mudah. Apa-apa hal, harap dapat doakan diri ini dapat yang terbaik pada masa akan datang. Ambil pengajaran daripada keputusan yang lalu.

p/s:Mintak Anep tolong belikan sumthing kat pcfair di Kluang pakai duit kau aku ya...

SELESAI SUDAH SATU CERITA...

Assalamualaikum.

Selasa,13 April 2010.

Janji pukol 7.50, tapi mesti lah aku lambat lagi. Tak apa, bukan selalu ya. Kepala hotak kaw la. Janji Melayu la katakan. Meski disiram, melayu juga*pinjam ayat icap*. Nasib baik orang tu boleh bersabar lagi. Sesampai ke destinasi yang tak mahu aku pergi(kalau boleh), tapi terpaksa jugak. Terus mengambil giliran. Ahh.. tak lama tu. Giliran yang ke 11 lah kut. Dimulakan dengan parking, alhamdulillah lepas. Ramai muka hampa kecewa sebelum aku yang tertayang di raut wajah. Menambahkan kegugupan. Tak guna, nasib baik korang tak bagi apa-apa efek.

Tiba giliran untuk menghuru-harakan laluan A. Macam haram, mesti kena tunggu lama kan... Sempat tertidur, melangsaikan hutang tidur yang semalam punya. A5, dah tak pakai angka giliran 11 lagi. Orang sebelum aku, perempuan. Patut lah lembab semacam. Lama aku tunggu. Macam tunggu nasi goreng pattaya malam kelmarin yang orang kedai tu bagi lambat gila. Panas tersiksa. Hampeh, pakai baju hitam kenapa?? Berpeluh-peluh deyh.

Kakak tu keluar kereta,'kenapa la kakak ni lambat semacam'. Sekilas muka brader JPJ macam muka Ridhau a.k.a Daud. Macam nak tergelak pun ada. Buat rilek macam biasa sudah. Gugup juga, sebelum ni ada pelajar yang dibawa balik JPJ ni. Mulakan dengan Bismillah. JLP 9170 kalau tak silap. Tak guna punya kancil. Asyik tersekat kaki dekat clutch. Kasut kah yang bersalah???

Alhamdulillah LULUS. Lepas ni, boleh raund-raund satu kampung. Buat tempahan jadi driver ok jugak. Gila ke apa. Boleh pinjam kereta ayah. Nak pergi Kluang lah. Kaw tunggu je lah!!!!

p/s: terima kasih JPJ. Aku da dapat P.

ANTARA DIVIDER DAN TRAFFICT LIGHT...

Assalamualaikum.

Isnin,12 April 2010.

Selesai sudah pengajian selama 16 jam di Institut Memandu Riakar. Dibantu oleh instructor yang berwibawa, Inchek Isman. Berbillion terima kasih kepada beliau. Terharu rasanya mengimbau kenangan dimarahi dan diajari. Seorang yang agak tegas. Huru-hara pada hari permulaan belajar. Namun setiap pertemuan bakal menempah perpisahan. Mengapa mesti dipisahkan??? Kecuali jika seandainya gagal dalam ujian memandu esok hari. Sudah tentu jantung minta untuk diberhentikan buat sementara. Mana tidaknya, bakal bertemu dengan pegawai JPJ(bukan JPA) yang bermuka mencuka dan berasa masam. Hati tidak putus berdoa agar mendapat pegawai JPJ(sekali lagi, bukan JPA) yang baik hati. Kalau boleh, biarlah yang tampak kiut menawan ditambah lagi dengan senyuman mesra. Buat pedoman hati, berdoalah kepada Allah agar sentiasa diberikan kekuatan di samping keberanian untuk menempuhi dugaan ini. Buat HUJAN, ini semua adalah dugaanNya.

CAPEK, SAYA PERLU REHAT...!

Assalamualaikum.

Ahad,11April 2010.

Recently, baru balik dari Smakj pagi ni. Sangat penat. Semuanya bermula dengan pengembaraan menjadi pom2 boy ke Ihtifal Ilmiah di SMA Parit Raja. Gila. Bermula pada hari Jumaat. Jumaat yang menghairahkan. Jemput Mahmud di MJ. Then dengan tiada jantung pergi ke SMA Parit Raja, Baim selaku pemandu berhemat.

* * * * * * * * * * *

Jumaat,9 April 2010.

Sesampaisudah di SMAPR waktu petang ditemani pokok bergoyang, angin membuai, berok bersantai, berjumpa Miss Rafkah orang pertama. Memenuhsendatkan hari dengan melihat pertandingan bahas. Wah, Apipudin Ariffin pon ada. Gathering kecil-kecilan. Afifudin, dengan hanya berbekalkan semangat telah menjadi penternak lemak di samping pengusaha anggur yang berjaya. Naik sedikit badannya. Malam tidur di rumah apip.

* * * * * * * * * * *

Sabtu,10 April 2010.

Menyambungi penglihatan ke pertandingan Ihtifal. Bahas paling kelakar. Motion yang bukan isu besar. Smakj selaku 'Kerajaan', SMAPR pembangkang yang huru-hara. Pembangkang memberi izin laluan yang sangat tidak praktikal. Rasa mahu memasukkan kepala ke lubang tandas dan menarik flush. Pathetic.

Semua segala sudah selesai, perut menyanyi lagu keronchong. Makan di gerai berdekatan. Selisih pembahas MP. Gurunya dengan trademark 'thumb up' beliau. Selesai makan patah balik.
Alhamdulillah SMAKJ berjaya menjadi JOHAN KESELURUHAN. Khat, Hafazan, Bahas, Choral Speaking, tahniah kepada mereka, lain-lain juga. SMAKJ sememangnya hebat!

Away to SMAKJ, singgah rumah Hazami. Menyumbat kuih ke dalam perut. Selesai, meneruskan xpdc. Petang, sampai Smakj. Sambil mencari konklusi. Solat jemaah dan jamak. MULTAZAM, di manakah dikau??? Terharu bila ramai adik-adik form 2 masih mengenali diri yang hina ini. Terutama adik-adik tahfiz.Selesai solat, mandi.

Perut manyanyi lagi. Berapa kali mahu makan??? Pakai baju TKD konon mahu mengajar. Serasa tiada function, naik ke surau. Gembira adik-adik Form 2 melenjan lappy aku ya. Tak kesah, bagi saja sudaa~~.. Teruskan misi utama, mencari MULTAZAM. Jumpa pon kau. Berbual selewat malam. Hati melonjak jiwa bahagia. Junior yang paling rapat dengan aku. Misi selesai.
Tidur.

MELAWAT...

Assalamualaikum.
Rabu,7 April 2010.

Seperti yang dijanjikan, bersama Baim pergi ke Maahad Johor. Dipandu sendiri oleh Beliau. Agak menakutkan dan mengerikan. Tuhan saja yang tahu perasaan waktu tu. Biasala, amatur la katakan. Sesampainya Maahad Johor, terpaksa merentasi Pak Guard. Alhamdulillah, pak guard tak banyak songeh. Masuk-masuk terus mencari Apop. Semuanya gara-gara nak bincang pasal reonion batch. Orang pertama yang dijumpai Mahmud. Katanya tak tahu kat mana Apop. Masuk surau je, tgk ada orang yang dicari. Ceyt, apela Mahmud ni. Berbual mengenai kehidupan masing2. Dengarnya ramai yang nak berhenti selepas ambil MUET. Habis solat Asar, ke kantin asrama. Bincang-bincang, sambil minum makan. Hampir petang, Baim bergegas pulang.

* * * * *
Perjalanan pulang:


"Weh, ni kalau jalan2 sodap jugak."

"Aku on jer."

"Gi CS yok."

"Jom."


Maka U-turn lah kami ke bandar. sambil menghirup udara orang buat construction. Dengan tak tahu jalan lagi. Mau dibuatnya sakit jantung duduk dalam kereta.


* * * * *
"Nak tengok cter ape??"

"Sir aku kate Clash of The Titan tak sedap."

"Kite tgk Alice in Wonderland yok."

"On."
* * * * *
Selesai sudah. Yang aku sakit hati, kenapa mesti abang jual tiket tu bagi kitorang couple seat. ceyt, tak guna. Tiket half price.
* * * * *
Lepas bayar kat auto-pay, cari kereta mahu pulang. Amek kau, berpeluh-peluh sampai. Lupa kereta kat mana. Dahsyat tuh. 30 minit ada kut sampai. Rupanya letak kat basement 2. Macam nak mati cari kat basement 3. Bersyukur, jumpa kereta. CS sampai nak tutup dah.
Balik rumah penat. Tengok tv then on9.
Zzz...Zzz...Zzz...

KELUAR...

Selasa,6 April 2010.

Hari ini terasa amat kebusanan.
Taktaw nak buat apa.
Aku terpikir sebentar, ape ye kawan2 aku yang tak kerja buat selama duduk kat rumah???
Masih meneruskan aktiviti men-donlod..
* * *
Petang, nekad jalan keluar rumah.
Boleh mati kebusanan duduk rumah.
Dengan lapar nye lagi.
Destinasi:Angsana
Sesampai je beli cool blog(Jenny sebut goblok...huhuhu...)
Sejenis minuman berair batu yang di-blend-kan.
Sambil tu survey handphone baru*hehehe admire gle W705*.
Satu jam cukup. Balik rumah balik.
Tunggu bas. Alhamdulillah tak lama.
Bas menderita. Penuh dengan manusia.
Kami disumbatmuatkan jugak ke dalamnya.
At least bas tu ber-aircond.
Tak mcm kat Klang.
Sebelum sampai singgah kedai, beli milo.
Milo addicted.
Laptop dibuka.
Tak habis-habis dengan reunion batch 18.
Ishraf kate Aqilah ajak g bandar.. jalan2...
Tapi Baim ajak MJ. Pilih MJ dulu.
Jalan dengan Aqilah, Ishraf hari esoknya lagi.
Malam sudaa~
Tidur...
Zzz....

IF TODAY WAS YOUR LAST DAY...

Assalamualaikum
Ahad,4 April 2010.

8.30

"Afiq!!!! Da pukol bape ni??? Ko nak keje ke tak???"-ibu

Walah, terlambat bangun macam biasa. Cepat2 bersiap semua segala. Kereta da gerak je, ulala, terlupa bawak nset,dompet,pen,marker, barang penting yang aku patot bawak. 'Xpe la,biarkan je.' Sampai je KFC, waduh lambat bape minit lagi. Nasb baik Miss tadek.

"Hai, da prepare semua segala nampak."

"Hei, nak sindir agak2 la."

"Siap ngan beg shiny blink2 die lagik."

Terus buat kerja middle cm biasa. Hari ni lancar je keje aku. Seolah2 dorang semua membantu aku*sblom ni tak penah pon,lol*. Ambil stok pon ckit aje.

* * *

"Hari ni Afiq nak air apa???"

Engatkan nak blanje aku air free ke.

"Ada bawak baju spare???"

"Dia bawak Pak Tam. Ngan beg shiny die tu siap."

"Weh hari ni last ko keje ea???-Sir Dino

"aah"

* * *

"Ko pilih, nak air yang berais ke, air kumbahan bawah tu ke atau air yang bawah sinki tu???" Selamber abg Mijan tnye aku.

"Ko nak scare pakse ke atau rela hati??? Jap agi ko pilih"

"Yeyeh, arini Afiq last keje. Bleh main air."

* * *

Habis closing je....

'SPLASH'

Maka dengan ini aku pon disimbah dengan air secara rasminya, sebagai tanda berakhirlah karier aku di KFC. Perasmian oleh Abg Mijan ngan Abg Wan. Pulak tu pakai air batu. Raihan selaku camera man mengambil gambar. Walahweh, kenangan shiot. Lagi satu perpisahan. Xpela, orang kata bertemu dan berpisah tu adat.

What about you guys, what you wanna do if today was your last day????