Nampak kan tajuk entri kali ini. Secara kasarnya, keseluruhan entri ini akan mudah difahami. Mari telusuri.
Seharian, semasa aku sedang leka melayan facebook, tiba - tiba aku terlihat ada satu post yang dihantar oleh seorang rakan facebook. Tertarik dengan post beliau, aku cuba untuk melihat sisipan video yang dihantar. Alangkah sedih nya hati ini, walang tidak terkira. Bukan apa, video yang dihantar mengingatkan aku pada masa lalu. Zaman di mana aku mempunyai orang yang concern tentang diri aku. Zaman di mana masih wujud istilah sahabat, persahabatan.
Serius, aku terkesan menonton video ni. Lihat bagaimana seorang sahabat tak akan meninggalkan sahabatnya di belakang, apa lagi sehingga jatuh tersungkur. And my tears dropped. Aku memang tak dapat tahan kesedihan. Sumpah!!
Ni video kedua yang dipost oleh seorang sahabat KISAS. Video ni dibuat sendiri oleh beliau katanya.
Melihat kepada kedua - dua video ni, aku cuba menyampaikan bahawasanya persahabatan memerlukan pengorbanan. Lihat bagaimana pada video pertama, seorang sahabat mudah untuk memaafkan sahabatnya. Dan pada video kedua, beliau sanggup berkorban demi persahabatan, walaupun menghidap penyakit yang membawa maut.
Fikir - fikirkan, apa pengorbanan yang kita pernah buat terhadap sahabat kita.
Jika kita tidak mampu menyelesaikan apa yang terbeban di bahu sahabat, menjadi pendengar setia juga adalah pertolongan yang terbaik buatnya.. :)
Archive for Februari 2012
TAK CONFIDENT
Petang semalam, aku ada berbual - bual kosong dengan sorang kawan rumah aku. Aku katalah kat dia, yang aku teringin sangat nak pergi melancong. Cari pengalam kat tempat orang. Dan aku rasa agak terkejut bila dia kata dia pun merasakan benda yang sama. Yang dia pun nak jalan melancong. Iya la, dia pun tak suka sangat membazir duit membeli - belah. Sekurang - kurangnya bila melancong tempat orang, kita boleh belajar budaya tempat tu. Timba ilmu baru.
Tapi aku rasa, kalau berdua aje pun susah nak jadi juga. Sekurang - kurang nya kena bertiga, atau lebih. Rasanya lagi ramai lagi seronok, kalau semua satu kepala. Ya, sama kepala. Aku tengok, kawan aku ni pun macam 50/50 je. So, aku tak mahu letak harapan yang tinggi setakat ni. Tak macam kawan aku yang aku ceritakan yang haritu. Dia memang kaki jalan. Hmmm... Kalau lah aku dapat ikut kau....
Kawan aku yang lagi sorang ni, dia ni tak confirm sahaja bila aku ajak melancong. Tengok - tengok dia dah keluar dengan kawan - kawan dia.
Aku sendiri pun tak tahu bila aku ada peluang betul - betul untuk pergi melancong. Tadi kawan aku yang kaki jalan tu cakap, dia dalam perancangan nak pergi ke Australia pulak. Aku cuma boleh rasa teruja pada sudut pandangan aku, dalam hati. Tapi yang ni aku tak boleh kacau la. Dia nak pergi dengan kawan - kawan dia. Melancong kali terakhir sebelum dia menjejak kaki keluar dari UMP ni katanya. Tak tahu la, nak keluar melancong dengan keluarga, parent aku ni busy manjang. Kawan - kawan pun macam tak mahu beri komitmen. Kalau aku melancong sorang pulak, rasa macam orang gila je, jalan tak ada arah tuju.
Tolong lah sesiapa.....
RELATIONSHIP
Hubungan terjalin akibat daripada pertemuan antara manusia. Dan hubungan yang ada itu akan menjadi bertambah erat jika disemai rasa kasih, rasa sayang. Ini lah lumrah yang selalu terjadi dalam dunia. Lumrah alam.
Tadi malam pukul 9 ada perjumpaan junior taekwondo. Semua nya gara - gara nak buat persembahan masa dinner nanti. Kitaorang pun berkumpul. Tak ramai sangat. Tapi best la. Macam - macam cadangan diaorang bagi untuk persembahan nanti. Dan semua bersetuju nak nyanyi ramai - ramai. Senang. Mudah.
Macam - macam jenis lagu disumbat. Nak bagi menyedapkan suasana. Najwa Latip pun ada jugak. Kelas gituu. Sumbat aje. Dah budak - budak ni nak sangat. Bunyi gitar mengiringi lagu. Guna suara harmoni. Sedap sikit. Sorang - sorang tak berapa best. Tak ada kesatuan katanya. Berlatih hingga larut malam.
Titik yang nak diketengahkan di sini ialah berkaitan hubungan. Lihat bagaimana walaupun sebelum ni tak pernah berkenal, tapi disebabkan ada satu tugasan yang perlu diselesaikan, semua dapat berkumpul, dapat saling mengenali. Kenangan indah. Harap huubungan baik ni dapat diteruskan dan akan bertambah baik, akrab. Rugi siapa yang tak pergi dinner.
Majulah taekwondo untuk UMP.
HORMAT
I supposed that life in University is tough. But, in term of relationship, it is way too easy. Senang nak cari kawan. Jalan mana - mana pun kalau kau friendly, terus dapat kawan.
Okay, back to topic. Dalam universiti pun ada budak - budak pelbagai umur, berbeza tahun belajar. Officially, wujud juga term "senior-junior". Tapi menurut aku, rasanya tak perlu pun pangkat - pangkat macam tu. Semua sama je. Kadang - kadang tahun je berbeza, tapi masuk kelas sama. Ada beza?
Yang menjadikan pembezaan antara budak tahun satu dan budak tahun empat bagi aku ialah rasa hormat. Tak, tak salah pun kalau nak anggap diaorang tu sebagai kawan kita. Cuma, kita tak boleh la bergurau kasar sangat, macam kita buat kat kawan tahun satu kita. This is serious! Don't dare to pissed them off. Its like you are cutting your own head.
Aku pun berkawan dengan 'senior' aku. Ramai. Best sebenarnya berkawan dengan diaorang. Bila mana kau jadi kawan diaorang, macam - macam perkara kau boleh belajar. Dan kau akan dapat sebanyak - banyaknya kelebihan. Kadang -kadang buku rujukan pun kau boleh dpat percuma, sedangkan kawan - kawan kau berhabis voucher buku nak beli buku rujukan. Sampaikan pada satu tahap, aku jadi rapat gila macam adik beradik dengan sorang 'senior' ni.
Aku anggap kawan - kawan kat universiti ni semua macam adik - beradik je. Andaian yang mudah. Tak perlu nak ada istilah senior atau junior. Itu bullshit. Cuma rasa hormat itu penting. Kau tak hormat diaorang, hidup kau kat universiti takkan berkembang. Kau takkan belajar benda baru kat dalam universiti ni.
TERINGIN
Sebab aku tak boleh tidur aku nak post lagi satu entri. Mampus lah ini blog aku kan. Suka hati aku la nak letak berapa entri pun. Problem?
Sekarang ni aku tengah kumpul duit. Ye lah, aku bukan orang senang macam anak orang kaya - kaya kat luar sana tu. Aku ada matlamat aku untuk kumpul duit ni. Kalau tak ada matlamat, haram aku nak kumpul duit. Sebabnya ialah aku nak berjalan keluar negara. Teringin sangat. Bukan apa, aku teringin nak naik kapal terbang. Macam orang jakun je gaya aku ni.
Buat masa ni, dua destinasi je yang menarik minat aku. Betul - betul tertarik.
Destinasi pertama aku ialah Borneo. Tahu Borneo kat mana? Sabah Sarawak tu Borneo lah. Ya, ini bukan luar negara. Tapi kena naik kapal terbang jugak. Macam - macam dah aku dengar pasal tempat - tempat menarik kat sana. Cuma belum berkesempatan lagi nak pergi. Gunung Kinabalu, kalau nak cerita memang aku nak sangat pergi sana. Serius best!
Destinasi kedua ni jauh sikit. Krabi, kat dalam Thailand. Aku tengok kawasan pantai dia serius bersih. Menarik. Member aku yang dah pernah pergi kata tempat ni best. Bajet nak jalan - jalan kat sana pun tak banyak. Maknanya sikit lah.
Benda paling bermasalah kalau bab - bab jalan - jalan ni ialah nak cari kawan yang sama kepala. Memang susah. Diaorang cuma tahu dapat duit enjoy kat pusat beli - belah. Tak pernah pun otak tu nak berkembang sikit. Duit memang takde hal. Boleh cari mana - mana.
Sangat berharap, ada kawan yang sama kepala ngan aku. Serius best ada kawan macam ni.
TAK APA, AKU TAK KESAH
Yes, aku sangat kecewa hari ini. Kecewa yang bertimbun. Macam orang tua selalu kata, sudah jatuh ditimpa tangga. Memang bertimpa - timpa. Serius. Aku sedih.
Ingat nak mulakan hari dengan senyuman. Iya lah, walaupun aku nak mulakan tu saat aku baru bangun tidur yang lepas Zuhur baru mata terbuka. Aku cuba. Itu azam aku saat terbangun. Agak nya, hari ini memang hari aku dibuang. Dipinggirkan. Ditinggalkan. Orang kata, saat dibuang tu, jangan rasa sedih. Nanti melarat sampai tua. Baiklah, tak sedih. Move on! Aku buat benda biasa yang aku buat di hari minggu.
Saat sedih, ada gembira yang datang. Senior aku merangkap kawan buat ajakan berani mati. Ajak aku bercuti di Jakarta. Memang berani mati. Aku ingatkan ajak - ajak ayam. Maklumlah. Mana pernah ada senior sebaik dia. Memang baik. Dan ajakan tu memang betul - betul serius. Serius! Aku gembira lah. Takkan nak sedih. Dengan perasaan itu aku meneruskan saki - baki hari minggu aku.
Dan apabila keluarga izinkan, makin berapi perasaan gembira itu timbul.
Perasaan tu tak lama. Singkat sangat. Kau pejam celik je terus suasana bertukar. Ya, aku tak dapat pergi bercuti sama kawan aku yang baik tu. Bukan sebab keluarga menarik balik keizinan. Bukan. Bukan juga sebab kawan aku memang ajak - ajak ayam. Masalah pada tiket penerbangan. Memang ramai betul manusia nak pergi sana hari yang sama. Masa yang sama!
Yang ni serius sedih. Sangat. Tapi, mungkin ada hikmah. Hikmah yang tersembunyi. Tuhan dah atur semua. Segala - galanya. Aku tak marah kau kawan. Sebab kau pun dah bersungguh tolong aku. Malah aku gembira ada kawan macam kau. Bangga. Dan aku tak kesah. InsyaAllah kita boleh bercuti sama - sama lain kali. Set eh. :)
TAK MAMPU
Dan kalau aku mampu putar ke masa silam, aku nak ubah semua, ya, semua. Semua yang berkaitan dengan hidup aku. Aku ubah. Sebab, aku tak rasa apa yang aku buat ni adalah yang terbaik. Tak langsung. Aku tak cukup usaha. Mulut cakap nak berubah, tapi belum pernah terlaksana. Orang kata menyesal pun tak mampu ubah apa - apa. Aku mahu ke masa silam.
Tapi aku tak mampu, tak mampu untuk menukar apa yang dah berlaku zaman jahil dulu - dulu. Biarlah, yang lepas tu lepas. Nak kenang pun buang masa. Padahal masa tu boleh guna untuk fikir apa nak buat hari muka. Allah sahaja yang mampu menilai masa silam aku. Baik buruk, aku kena terima. Sebab yang buat tu aku. bukan orang lain.
Aku rasa aku masih sama. Belum pun pernah mengubah apa - apa. Impak daripada masa silam. Perangai yang sama. Yang semua pernah kenal aku yang dulu. Aku teringin nak berubah. Teringin sangat. Malang, tak ada yang sudi memimpin. Jiwa kosong. Terasing. Kiri kanan depan belakang pun dua kali lima dengan aku. Kalau macam ni gaya, aku takkan berubah, sampai bila - bila.
Aku mengharap sangat, kawan yang dulu, yang pernah memimpin aku, datang kembali menabur bakti. Aku sangat mengalukan kehadiran mereka. Walaupun hanya dapat berhubung dalam dunia maya. Aku dah cukup gembira. Sekurang - kurangnya, aku ada peluang untuk berubah. Datanglah kawan. Daatanglah.
Dan aku cuma dapat mengharap, sedang aku tahu, aku tak mampu.