
Anda selalu online? Apa yang selalu anda buat bila online? Tahukah anda yang anda boleh mendapatkan duit dari internet setiap kali anda online.
Setiap kali anda online setiap hari sebenarnya anda boleh mendapatkan duit dari internet. Bagaimana? Senang saja. Anda hanya perlu mendaftar di Neobux dan klik iklan setiap hari. Anda akan mendapat bayaran untuk setiap iklan yang anda klik. Dengan mudah sahaja anda boleh mendapatkan duit setiap kali anda online. Saya telah mendapat bayaran dari website ini sebelum ini dan bulan ini juga saya telah mendapat bayaran dari mereka. So, anda juga boleh mendapatkan duit poket dari internet dengan mudah dengan hanya mendaftar di Neobux dan mula klik iklan setiap hari bila anda online.
Apa itu Neobux?
NeoBux adalah program percuma yang membolehkan pengiklan untuk mencapai ribuan pelanggan potensial dengan menampilkan iklan mereka di laman web dan pengguna untuk mendapatkan wang dengan melihat iklan tersebut. Pengguna akan klik pada iklan pengiklan dan melihatnya selama jumlah masa yang ditentukan oleh pengiklan.
Setelah melihat iklan, pengguna akan dikreditkan dengan jumlah yang telah ditetapkan ke dalam akaun Neobux mereka. Anda tidak perlu membayar untuk mula mendapatkan wang. Jadi, daftarlah sekarang dan mula mendapatkan wang percuma!
Berapa Neobux bayar saya?
Jumlah Neobux bayar anda dibahagikan antara beberapa faktor. Pertama mari kita menggambarkan jumlah anda dapat pada klik dan untuk setiap klik referral anda bergantung pada jenis keahlian yang anda miliki:
1) Keahlian Standard
Per klik: $ 0,010 (pendedahan standard) · $ 0,015 (paparan diperpanjang)Per referral klik: $ 0,005 (pendedahan standard) · $ 0,010 (paparan diperpanjang)
2) Keahlian GoldenPer klik: $ 0,010 (pendedahan standard) · $ 0,020 (paparan diperpanjang)Per referral klik: $ 0,010 (pendedahan standard) · $ 0,020 (paparan diperpanjang).
Neobux juga mempunyai pendedahan iklan mini di mana pengguna mendapatkan $ 0,005 untuk setiap klik tanpa yuran referral.
Minimum Payout: Jumlah bayaran minimum ditetapkan sebanyak $ 2,00 (dua dolar AS) untuk permintaan payout pertama, $ 3,00 ($ 3) untuk kedua, $ untuk yang ketiga ($ 4) 4,00 dan seterusnya sampai $ 10.00 ($ 10).
Jumlah masa untuk proses pembayaran:Setelah anda meminta bayaran anda, anda akan menerimanya terus dalam akaun prosesor yang anda pilih bayaran kecuali beberapa jenis kesulitan teknikal yang dihadapi semasa proses tersebut.
Apa itu referral?
Itulah gunanya teman. Referral adalah seseorang yang bekerja untuk anda. Bagus?Teruslah membaca: Referral dapat apa yang setiap pengguna dapat ketika mereka mengklik iklan: Wang!Tapi, jika pengguna yang mengklik iklan itu adalah referral anda, anda juga akan mendapat wang!
Ada dua jenis referral dan tiga cara mendapatkan mereka:
1) Direct referral: Pengguna ini berdaftar menggunakan nama pengguna anda sebagai referrer mereka.
2) Rented referral: Anda menyewa mereka.
Jadi, bagaimana anda mendapatkan referral?
Ini adalah tiga cara yang boleh dilakukan bahawa:
1) Gunakan banner Neobux: Papar online banner kami dengan link ke neobux dengan nama pengguna anda pada link (anda dapat mencari banner dengan link dalam akaun anda). Ketika pengunjung mengklik bahawa banner, ia akan dihantar Neobux. Kemudian, apa yang dia harus lakukan adalah mendaftar.
Beritahu orang lain:Hanya memberitahu semua orang untuk mendaftar di neobux dengan menghantar link anda kepada mereka.
2) Sewa: Anda boleh menyewa referral secara bulanan (30 hari). Hanya pergi ke akaun anda untuk melakukannya.Jumlah referral yang sedia berbeza-beza bergantung pada berapa banyak pengguna berdaftar tanpa referer.Anda hanya akan mendapatkan referral yang telah mengklik minimal 10 iklan dalam 5 hari terakhir dari tarikh anda menyewa mereka untuk memastikan mereka aktif.
Ingin tahu lebih lanjut?
Anda boleh pergi ke website mereka dengan melalui banner Neobux dibawah.

PERSAHABATAN, UNTUK SELAMANYA
Nampak kan tajuk entri kali ini. Secara kasarnya, keseluruhan entri ini akan mudah difahami. Mari telusuri.
Seharian, semasa aku sedang leka melayan facebook, tiba - tiba aku terlihat ada satu post yang dihantar oleh seorang rakan facebook. Tertarik dengan post beliau, aku cuba untuk melihat sisipan video yang dihantar. Alangkah sedih nya hati ini, walang tidak terkira. Bukan apa, video yang dihantar mengingatkan aku pada masa lalu. Zaman di mana aku mempunyai orang yang concern tentang diri aku. Zaman di mana masih wujud istilah sahabat, persahabatan.
Serius, aku terkesan menonton video ni. Lihat bagaimana seorang sahabat tak akan meninggalkan sahabatnya di belakang, apa lagi sehingga jatuh tersungkur. And my tears dropped. Aku memang tak dapat tahan kesedihan. Sumpah!!
Ni video kedua yang dipost oleh seorang sahabat KISAS. Video ni dibuat sendiri oleh beliau katanya.
Melihat kepada kedua - dua video ni, aku cuba menyampaikan bahawasanya persahabatan memerlukan pengorbanan. Lihat bagaimana pada video pertama, seorang sahabat mudah untuk memaafkan sahabatnya. Dan pada video kedua, beliau sanggup berkorban demi persahabatan, walaupun menghidap penyakit yang membawa maut.
Fikir - fikirkan, apa pengorbanan yang kita pernah buat terhadap sahabat kita.
Jika kita tidak mampu menyelesaikan apa yang terbeban di bahu sahabat, menjadi pendengar setia juga adalah pertolongan yang terbaik buatnya.. :)
TAK CONFIDENT
Petang semalam, aku ada berbual - bual kosong dengan sorang kawan rumah aku. Aku katalah kat dia, yang aku teringin sangat nak pergi melancong. Cari pengalam kat tempat orang. Dan aku rasa agak terkejut bila dia kata dia pun merasakan benda yang sama. Yang dia pun nak jalan melancong. Iya la, dia pun tak suka sangat membazir duit membeli - belah. Sekurang - kurangnya bila melancong tempat orang, kita boleh belajar budaya tempat tu. Timba ilmu baru.
Tapi aku rasa, kalau berdua aje pun susah nak jadi juga. Sekurang - kurang nya kena bertiga, atau lebih. Rasanya lagi ramai lagi seronok, kalau semua satu kepala. Ya, sama kepala. Aku tengok, kawan aku ni pun macam 50/50 je. So, aku tak mahu letak harapan yang tinggi setakat ni. Tak macam kawan aku yang aku ceritakan yang haritu. Dia memang kaki jalan. Hmmm... Kalau lah aku dapat ikut kau....
Kawan aku yang lagi sorang ni, dia ni tak confirm sahaja bila aku ajak melancong. Tengok - tengok dia dah keluar dengan kawan - kawan dia.
Aku sendiri pun tak tahu bila aku ada peluang betul - betul untuk pergi melancong. Tadi kawan aku yang kaki jalan tu cakap, dia dalam perancangan nak pergi ke Australia pulak. Aku cuma boleh rasa teruja pada sudut pandangan aku, dalam hati. Tapi yang ni aku tak boleh kacau la. Dia nak pergi dengan kawan - kawan dia. Melancong kali terakhir sebelum dia menjejak kaki keluar dari UMP ni katanya. Tak tahu la, nak keluar melancong dengan keluarga, parent aku ni busy manjang. Kawan - kawan pun macam tak mahu beri komitmen. Kalau aku melancong sorang pulak, rasa macam orang gila je, jalan tak ada arah tuju.
Tolong lah sesiapa.....
RELATIONSHIP
Hubungan terjalin akibat daripada pertemuan antara manusia. Dan hubungan yang ada itu akan menjadi bertambah erat jika disemai rasa kasih, rasa sayang. Ini lah lumrah yang selalu terjadi dalam dunia. Lumrah alam.
Tadi malam pukul 9 ada perjumpaan junior taekwondo. Semua nya gara - gara nak buat persembahan masa dinner nanti. Kitaorang pun berkumpul. Tak ramai sangat. Tapi best la. Macam - macam cadangan diaorang bagi untuk persembahan nanti. Dan semua bersetuju nak nyanyi ramai - ramai. Senang. Mudah.
Macam - macam jenis lagu disumbat. Nak bagi menyedapkan suasana. Najwa Latip pun ada jugak. Kelas gituu. Sumbat aje. Dah budak - budak ni nak sangat. Bunyi gitar mengiringi lagu. Guna suara harmoni. Sedap sikit. Sorang - sorang tak berapa best. Tak ada kesatuan katanya. Berlatih hingga larut malam.
Titik yang nak diketengahkan di sini ialah berkaitan hubungan. Lihat bagaimana walaupun sebelum ni tak pernah berkenal, tapi disebabkan ada satu tugasan yang perlu diselesaikan, semua dapat berkumpul, dapat saling mengenali. Kenangan indah. Harap huubungan baik ni dapat diteruskan dan akan bertambah baik, akrab. Rugi siapa yang tak pergi dinner.
Majulah taekwondo untuk UMP.
HORMAT
I supposed that life in University is tough. But, in term of relationship, it is way too easy. Senang nak cari kawan. Jalan mana - mana pun kalau kau friendly, terus dapat kawan.
Okay, back to topic. Dalam universiti pun ada budak - budak pelbagai umur, berbeza tahun belajar. Officially, wujud juga term "senior-junior". Tapi menurut aku, rasanya tak perlu pun pangkat - pangkat macam tu. Semua sama je. Kadang - kadang tahun je berbeza, tapi masuk kelas sama. Ada beza?
Yang menjadikan pembezaan antara budak tahun satu dan budak tahun empat bagi aku ialah rasa hormat. Tak, tak salah pun kalau nak anggap diaorang tu sebagai kawan kita. Cuma, kita tak boleh la bergurau kasar sangat, macam kita buat kat kawan tahun satu kita. This is serious! Don't dare to pissed them off. Its like you are cutting your own head.
Aku pun berkawan dengan 'senior' aku. Ramai. Best sebenarnya berkawan dengan diaorang. Bila mana kau jadi kawan diaorang, macam - macam perkara kau boleh belajar. Dan kau akan dapat sebanyak - banyaknya kelebihan. Kadang -kadang buku rujukan pun kau boleh dpat percuma, sedangkan kawan - kawan kau berhabis voucher buku nak beli buku rujukan. Sampaikan pada satu tahap, aku jadi rapat gila macam adik beradik dengan sorang 'senior' ni.
Aku anggap kawan - kawan kat universiti ni semua macam adik - beradik je. Andaian yang mudah. Tak perlu nak ada istilah senior atau junior. Itu bullshit. Cuma rasa hormat itu penting. Kau tak hormat diaorang, hidup kau kat universiti takkan berkembang. Kau takkan belajar benda baru kat dalam universiti ni.
TERINGIN
Sebab aku tak boleh tidur aku nak post lagi satu entri. Mampus lah ini blog aku kan. Suka hati aku la nak letak berapa entri pun. Problem?
Sekarang ni aku tengah kumpul duit. Ye lah, aku bukan orang senang macam anak orang kaya - kaya kat luar sana tu. Aku ada matlamat aku untuk kumpul duit ni. Kalau tak ada matlamat, haram aku nak kumpul duit. Sebabnya ialah aku nak berjalan keluar negara. Teringin sangat. Bukan apa, aku teringin nak naik kapal terbang. Macam orang jakun je gaya aku ni.
Buat masa ni, dua destinasi je yang menarik minat aku. Betul - betul tertarik.
Destinasi pertama aku ialah Borneo. Tahu Borneo kat mana? Sabah Sarawak tu Borneo lah. Ya, ini bukan luar negara. Tapi kena naik kapal terbang jugak. Macam - macam dah aku dengar pasal tempat - tempat menarik kat sana. Cuma belum berkesempatan lagi nak pergi. Gunung Kinabalu, kalau nak cerita memang aku nak sangat pergi sana. Serius best!
Destinasi kedua ni jauh sikit. Krabi, kat dalam Thailand. Aku tengok kawasan pantai dia serius bersih. Menarik. Member aku yang dah pernah pergi kata tempat ni best. Bajet nak jalan - jalan kat sana pun tak banyak. Maknanya sikit lah.
Benda paling bermasalah kalau bab - bab jalan - jalan ni ialah nak cari kawan yang sama kepala. Memang susah. Diaorang cuma tahu dapat duit enjoy kat pusat beli - belah. Tak pernah pun otak tu nak berkembang sikit. Duit memang takde hal. Boleh cari mana - mana.
Sangat berharap, ada kawan yang sama kepala ngan aku. Serius best ada kawan macam ni.
TAK APA, AKU TAK KESAH
Yes, aku sangat kecewa hari ini. Kecewa yang bertimbun. Macam orang tua selalu kata, sudah jatuh ditimpa tangga. Memang bertimpa - timpa. Serius. Aku sedih.
Ingat nak mulakan hari dengan senyuman. Iya lah, walaupun aku nak mulakan tu saat aku baru bangun tidur yang lepas Zuhur baru mata terbuka. Aku cuba. Itu azam aku saat terbangun. Agak nya, hari ini memang hari aku dibuang. Dipinggirkan. Ditinggalkan. Orang kata, saat dibuang tu, jangan rasa sedih. Nanti melarat sampai tua. Baiklah, tak sedih. Move on! Aku buat benda biasa yang aku buat di hari minggu.
Saat sedih, ada gembira yang datang. Senior aku merangkap kawan buat ajakan berani mati. Ajak aku bercuti di Jakarta. Memang berani mati. Aku ingatkan ajak - ajak ayam. Maklumlah. Mana pernah ada senior sebaik dia. Memang baik. Dan ajakan tu memang betul - betul serius. Serius! Aku gembira lah. Takkan nak sedih. Dengan perasaan itu aku meneruskan saki - baki hari minggu aku.
Dan apabila keluarga izinkan, makin berapi perasaan gembira itu timbul.
Perasaan tu tak lama. Singkat sangat. Kau pejam celik je terus suasana bertukar. Ya, aku tak dapat pergi bercuti sama kawan aku yang baik tu. Bukan sebab keluarga menarik balik keizinan. Bukan. Bukan juga sebab kawan aku memang ajak - ajak ayam. Masalah pada tiket penerbangan. Memang ramai betul manusia nak pergi sana hari yang sama. Masa yang sama!
Yang ni serius sedih. Sangat. Tapi, mungkin ada hikmah. Hikmah yang tersembunyi. Tuhan dah atur semua. Segala - galanya. Aku tak marah kau kawan. Sebab kau pun dah bersungguh tolong aku. Malah aku gembira ada kawan macam kau. Bangga. Dan aku tak kesah. InsyaAllah kita boleh bercuti sama - sama lain kali. Set eh. :)
TAK MAMPU
Dan kalau aku mampu putar ke masa silam, aku nak ubah semua, ya, semua. Semua yang berkaitan dengan hidup aku. Aku ubah. Sebab, aku tak rasa apa yang aku buat ni adalah yang terbaik. Tak langsung. Aku tak cukup usaha. Mulut cakap nak berubah, tapi belum pernah terlaksana. Orang kata menyesal pun tak mampu ubah apa - apa. Aku mahu ke masa silam.
Tapi aku tak mampu, tak mampu untuk menukar apa yang dah berlaku zaman jahil dulu - dulu. Biarlah, yang lepas tu lepas. Nak kenang pun buang masa. Padahal masa tu boleh guna untuk fikir apa nak buat hari muka. Allah sahaja yang mampu menilai masa silam aku. Baik buruk, aku kena terima. Sebab yang buat tu aku. bukan orang lain.
Aku rasa aku masih sama. Belum pun pernah mengubah apa - apa. Impak daripada masa silam. Perangai yang sama. Yang semua pernah kenal aku yang dulu. Aku teringin nak berubah. Teringin sangat. Malang, tak ada yang sudi memimpin. Jiwa kosong. Terasing. Kiri kanan depan belakang pun dua kali lima dengan aku. Kalau macam ni gaya, aku takkan berubah, sampai bila - bila.
Aku mengharap sangat, kawan yang dulu, yang pernah memimpin aku, datang kembali menabur bakti. Aku sangat mengalukan kehadiran mereka. Walaupun hanya dapat berhubung dalam dunia maya. Aku dah cukup gembira. Sekurang - kurangnya, aku ada peluang untuk berubah. Datanglah kawan. Daatanglah.
Dan aku cuma dapat mengharap, sedang aku tahu, aku tak mampu.
TAEKWONDO GRADING
Semalam(Sabtu) telah diadakan satu ujian kenaikan talipinggang untuk colour belt. Aku datang semata untuk melihat prestasi sahabat - sahabat. Bertolak dari UMP Pekan pukul 7.30 malam dan sampai di Gambang lebih kurang pukul 8.35 malam. Agak eksaited juga melihat kawan - kawan berdebar nak ambil grading. Rasa macam nak ambil periksa UPSR pulak.
Mula dengan talipinggang putih seterusnya hingga ke biru. Aku sebagai pemerhati dah boleh nampak prestasi mereka. Dan aku rasa ada yang boleh pergi jauh dalam bidang Taekwondo ini. Tak terlintas di hati untuk komen apatah lagi mengkritik performance kawan - kawan aku. Aku pun masih jauh perjalanan. Tapi aku rasa seronok tengok diorang grading. Ada juga yang lupa, ada juga yang fobia.
Dan aku nak ucapkan tahniah kepada semua kerana lulus dalam ujian ini. Yang dapat double promotion apatah lagi, berganda tahniah aku ucapkan. Semoga semua terus berjuang dalam arena taekwondo. Sama - sama kita berjihad.
LOVE THE BONDING
Untuk menghilangkan sawang - sawang yang melekat kat blog aku ni, baik aku ceritakan sedikit pengalaman tournament taekwondo black belt yang aku baru lalui. Siyes best!
Alkisah ceritanya bermulalah pada 15 Disember yang lepas, bersamaan hari Khamis yang memenatkan. Aku dengan team tournament Pahang berlepas ke Terengganu tepat jam 7.25 di Pekan. Total semua ada 24 orang kalau tak silap. Sampai di sana lebih kurang pukul 9 malam. Sampai kat Dewan tournament, semua yang masuk individu spar(sparring) ditimbang beratkan untuk dipilih kategori. Macam biasa, insan kerdil seperti aku masuk kategori bawah 50Kg. Lepastu makan di gerai. Memang sedap gilaaa, sebab Sir yang belanja. :)
Tidur di homestay seronok, walaupun terpaksa bersempit - sempit. Satu bilik tidur 5 orang, ada yang tidur di ruang tamu siap. Esoknya baru mula pertandingan. Aku dan Arther antara insan terawal masuk ring(gelanggang). Agak seram jugak lah. Ni bukan pertandingan colour belt, ni pertandingan black belt. Terharu aku bila kawan - kawan bagi sokongan. Suara yang paling jelas aku dengar ialah suara Senior Nabil. Dan sekilas aku nampak Senior Azeem buat isyarat 'chopping kick' walaupun dalam keadaan rabun.
Selapas aku ramai jugak rakan - rakan yang masuk ke dalam ring. Aku dan yang lain dengan penuh semangat memberi dorongan kepada fighters, walaupun kontingen kami antara tersikit. Pukul 6 malam baru selesai.
Hari terakhir memperlihatkan pertandingan team spar dan drama. Tournament dengan official habis pada pukul 2 petang.
Aku suka bonding yang diperlihatkan oleh kawan - kawan Taekwondo yang lain. Kami seolah - olah satu keluarga bila bersama, walaupun baru jumpa. Seperti kata Sir Asrul, "hidup dengan Taekwondo lama ni mesti rasa macam keluarga sendiri."
Aku akan merindui saat - saat bila ahli Taekwondo bersama. Sayang semua!
Terima kasih banyak - banyak kepada: Sir Asrul, Sir Mizan, Senior Azim, Senior Ben, Senior Nabil, Senior Chika, Senior Safuan, Senior Zu, dan rakan - sahabat yang lain sebab bagi aku memori paling best!
PROUD TO BE MALAYSIAN
Bermulanya sukan Sea di Indonesia, pasti banyak harapan dan semangat yang dilafazkan. Menteri sukan(kalau tak silap) berhasrat untuk membawa 40 emas pulang ke Malaysia. Dan sudah tentu dalam banyak - banyak sukan, bola sepak yang menarik minat ramai. Hari ini sudah mempertemukan Harimau Malaya menentang Garuda. Malang bagi pihak Garuda kerana kalah dalam sepakan penalti. Walaupun pada mulanya sang Garuda membaham Harimau 1-0. Tidak mudah untuk membiarkan Garuda terus berkuasa. Harimau berjaya menyamakan kedudukan 1-1, dan terus ke masa tambahan. Agaknya apa tajuk depan berita esok ya?
KALA ITU
Angin menderu lembut,
Pokok melambai - lambai,
Ombak berkejar - kejaran,
Burung berkicau mesra,
Matahari tunduk ke Barat,
Kala itu,
Aku bersendirian,
Bertarung dengan alam,
Membawa diri,
Terkenang masa lalu.
#Rindu pada yang merindui. Terutama pada dia.
WARNA - WARNA DI MALAYSIA
Berikut adalah satu post yang diambil dari seorang kawan di laman Facebook. Lihat bagaimana kreatifnya media di Malaysia.
Situasi sebenar : Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.
Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."
Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."
Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"
Harakah - "Kami tiada beca."
Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."
Obefiend - "Nenek meleis mati. Aku suka vodka."
Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"
Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."
Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"
Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."
Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi.
1 simple statement. and see how the media manipulates it. macam2. realiti negara kite...
MOVES LIKE JAGGER
Hell yeah! Tajuk nampak familiar kan? Ya, ini satu lagu yang aku suka dalam beribu lagu yang wujud. Penyanyi Adam Levine, atau mungkin senang kalau aku kata MAroon 5. Dengar 10 kali pun rasanya belum jemu lagi. Apa sebenarnya yang aku nak cerita ni?
Pffttt. Bagi aku "Moves Like Jagger" ni bukan lah satu tajuk lagu semata. Kalau nak kata, kita boleh aplikasi dalam kehidupan seharian kita. Faham? Tak faham? Sebelum tu kita kena faham maksud perkataan ni. Okay - okay, jadi cikgu bahasa Inggeris sekejap. Maksudnya, bergerak dengan laju. Contoh macam dokter bagi injection. Mana ada dia nak bagi lambat - lambat lemah longlai. Mesti beliau buat laju - laju kan.
Sempena budak - budak nak peksa ni, aku nak ucapkan good luck kepada kauorang semua. Jangan bad luck sudah. Apa pun, strive for the highest. Aim for the moon. Selagi kauorang ada kudrat dalam bulan - bulan puasa ni kan, buatlah yang terbaik. Kalau nak jawab soalan tu kena ingat, move like jagger. Bukan apa, kalau siap awal senang sikit. Nak pergi tandas ke, nak tidur ke. Kalau tak siap awal - awal siapa susah? Mesti lah diri kauorang sendiri. Takkan aku pulak.
Bulan puasa ni kena usaha lebih sikit nak periksa. GOOD LUCK again!
LELAKI OHH LELAKI...
Ambil ni dari satu group, I think it's worth to read especially to all our akhawat friends here. Here it goes :
Satu lagi pembacaan saya yang membuatkan saya tersentak. SMS ini memang sengaja ditulis dengan penulisan seorang lelaki. Ceritanya memperlihatkan bagaimana seorang muslimat di'rosak' dengan mudah hanya dengan kata-kata manis! Na'uzubillahi min zalik..
*******************************************************
1. salam. Blh sy kenal awk? Sy ter......tarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…
2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…
3. Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..
4. awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..
5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?
6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u... ..
7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..
8. Yang bi nak syg tau, sayanglah segalanya utk bi, syg la pmberi semangat utk bi... yang... ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!
9. Syg..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u.... ..
10. Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..
11. Hi syg, watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?... syg x caye kat abg eh.. huhu..
12. Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..
13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh, trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..
14. Thanks jumpa td, syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..
15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…
16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..
17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji, abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...
18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .
19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?
SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR...
*********************************************
20. huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check balik dgn doktor... xkan sekali buat dah mengandung, check balik k..
21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg, utk kebaikan kita berdua, lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..
22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa.....gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!
23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..
24. sori syg, abg xbleh temankan syg ke klinik tu, abg malu klu terserempak dgn family or member, malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..
25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!
26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...
27. (terputus hubungan)
*******************************************************
_CREDIT TO:MALAYNEUM_
BERSIH, Ambiga, dan Lina Joy.
Aku seorang yang lahir dan menetap di Malaysia. Secara automatiknya aku juga bergelar warganegara. Sudah 19 tahun aku hidup, selama itulah aku melihat cerita kontroversi dunia politik. Mulanya aku abaikan kerana tidak berminat. Setelah sekian lama, parti politik sedikit mula bertapak dalam jiwa.
Sebab apa?
Aku mula bosan dengan parti yang suka menggunakan politik kotor. Aku hadir bangkit untuk menyuarakan hak aku, juga hak rakyat Malaysia. Bukan kata benci, cuma tidak senang sebahagian ahli politik berperilaku keanak - anakan. Baik aku suarakan untuk pilih politik yang lebih matang.
Pilihanraya sering dikaitkan dengan pihak SPR. Datang kumpulan "baju kuning", menuntut hak sebagai wakil kebanyakan rakyat, iaitu sebuah pilihanraya yang bersih dan adil. Salahkah tindakan kumpulan ini? Sampaikan dicanang cerita kononnya kumpulan ini hendak membuat rusuhan dan bergelar penderhaka diraja.
Wujud kumpulan "baju merah" bangkit menentang. Telah mengadakan perhimpunan yang menyebabkan kesesakan lalulintas. dan kumpulan ini turut disertai ahli politik 'dacing'. Di manakah nilai demokrasi yang seringkali berapi diucapkan?
BERSIH menuntut 8 tuntutan. Rasanya tidak satu pun yang boleh dianggap sebagai ancaman kepada Majlis Raja-raja.
BERSIH juga dikaitkan dengan Ambiga Sreenevasan dan kaitannya dengan Lina Joy. Tapi aku masih tak nampak apa kaitannya.
Bukan niat untuk menentang, tidak pula menderhaka.Aku juga warganegara, aku ada hak untuk bersuara. Mungkin aku bukan ahli politik untuk bersuara lantang.
Aku menunggu umur mencapai tahap layak bergelar pengundi. Dan aku akan memilih siapa yang layak memimpin Malaya.
Dan ini adalah pandangan aku semata sebagai rakyat Malaysia.
KALAU DAH NAMA MEMBER
"Alah, kita kan member, kira halal lah ea."
Pernah tak kauorang semua alami situasi begini. Kalau tak, mesti kauorang salah seorang yang selalu guna ayat atas tu kan?
Rasanya, kebelakangan ni aku selalu fikir, kalau kita member, kenapa mesti nak berlebih kurang dengan member lain? Sedangkan, kitalah yang kena support member kita.
Aku bagi satu situasi. Contohnya, member kita bekerja sebagai mekanik, dan kita datang sebagai pelanggan. Kita nak membetulkan kereta. Selepas dibetulkan, kita minta bayaran dikurangkan.
Fenomena ini selalu terjadi kalau dah nama member. Kenapa? Padahal kita sendiri kata, "Melayu kena tolong melayu". Pernah tak fikir, kalau kita asyik minta bayaran dikurangkan, tak ke lama - lama member kita jatuh bankrap?
Sebenarnya, kalau kita nak tolong member, kita tak perlu lah nak minta bayaran dikurangkan. Bayar sahaja lah apa yang telah diminta. Bukannya member kita nak makan duit kita sangat pun.
Ya, sebagai pelanggan, kita ada hak untuk memilih apa yang paling baik dan paling murah. Tapi, mestilah kualiti yang member kita beri tu terbaik, bukan benda yang cincai. Kalau dah kualiti baik, kenapa mesti minta kurang lagi?
Aku bercakap atas dasar pengalaman. Dan kadang - kadang aku pun pernah buat pada member aku.
Harap, lepas ni, kita sama - samalah berubah, jangan lah menganiaya member kita. Sebab mereka pun ada perasaan juga.
KENAPA COUPLE???
Best sangat ke kapel tu? Apa perasaan kau masa kapel? Dah lama ke kau kapel?
Ni soalan biasa kalau aku jumpa kawan - kawan yang berpasangan. Bukan apa, aku pun nak tahu jugak, macam mana yang dikatakan kapel tu. Sampaikan ada yang pernah break up banyak kali, tapi tetap nak ber-kapel. Nak kata bodoh, ada yang dapat 4flat. Betul juga kata - kata yang aku pernah dengar, "Biar bodoh belajar, jangan bodoh hidup." Nak tahu tentang kapel?
Ada orang kata aku anti-kapel, aku tak boleh nak kata apa. Sebenarnya tak jugak. Aku cuma tak nak tengok generasi masa depan rosak sebab masalah ni. Ada yang sunat pun belum, dah gatal nak kapel.
Kenapa ye budak - budak suka sangat nak kapel ni? Ada orang kata, diaorang kapel sebab suka - suka. Tapi yang dahsyat, suka - suka pun, kapel sampai 3-4 kali. Bila break up, mulalah bergaduh segala bagai. Buruk - burukkan bekas pasangan masing - masing. Padahal dulu, kentot pun kata wangi.
Ada orang kata pula, diaorang berkapel sebab nak disayangi. Tak cukup ke kasih sayang keluarga kat rumah? Kawan - kawan kau dah benci kau sangat ke? Ye, perasaan kasih - sayang dari kapel tu memang la lain. Tapi kasih - sayang Dia, kau tak nak ke??
Tak ada tempat mengadu nasib. Itu ke alasan kau? Buruk sangat ke nasib kau sampai perlukan orang untuk mengadu? Bukan kena cop gay/lesbian pun kalau kau ngadu kat kawan baik kau ke, kawan bilik kau ke.
Alasan common lain, nak rasa macam mana bercinta. Cinta memang la kena cari, tapi bukan dengan cara berkapel okay. Bagi aku, kalau aku cinta seseorang, cukuplah kalau diri aku sendiri, dan Dia yang tahu. Cukup duit, kahwin la. Kalau takut balak/awek kauorang kena kebas orang, bertunang la dulu.Habis cerita.
Lagipun, bila kauorang berkapel, mesti kau nak korek semua pasal pasangan kau kan? Dah tu, bila dah kahwin[tu pun kalau kahwin la], dah tak tahu nak tahu apa lagi pasal pasangan kau. Sudahnya bercerai, talak tiga terus.
Ramai kawan aku yang kapel, siap ber baby lagi. Tapi aku tak benci diaorang. Cuma bila datang bab kapel, aku undur diri sikit. Bukan sebab malas, cuma geleman menyelubungi.
Kalau kau orang nak kata, "biar lah, kubur lain - lain" kau orang kena fikir 2-3 kali. Kau ingat kau kapel tu orang lain tak dapat dosa? Kalau kau sorang je dapat dosa, aku tak kisah juga la.
Harap maklum. Kalau aku silap, atau terguna bahasa kesat, minta maaf. Tapi satu aku nak ingatkan, kapel tak pernah wujud dalam Islam. No offence. Terima kasih.
BERSEDIH TATKALA BERGEMBIRA
Asslamualaikum.
Hari ni merupakan hari paling menggembirakan buat semua pelajar matrik se-Malaysia. Sebab hari ini tamatlah pengajian di matrik. Memang sangat menggembirakan. Sampai ada yang main 'freez' tengah - tengah hujan. Tapi setiap kegembiraan tu tak lama. Pasti ada kesedihan. Sapa yang tak sedih kalau kena meninggalkan sahabat -handai. Ada yang menangis siap. Sejujurnya aku memang sangat sedih kalu part nak berpisah. Kalau boleh nak bersama mereka lama lagi. Tapi bak kata orang, hidup ni bagaikan roda, ada masa gembira, ada masa sedih.
Dia tgk jugak, kalau ada niat tu ada la. Hahaha. Di kesempatan ini, nak ucap terima kasih kepada semua kawan - kawan sebab mengajar erti hidup. Terima kasih berjuta - juta kali kepada Hisyam Sohaimi, Zaki Alias, Nazmi a.k.a nami, Hazmi a.k.a Sador, Syafiq Pax, Muhd Irfan, Encik Radzuan, Encik Myazara, Hannan Afiq, Paralax Ay-ree, Haziq Donatello, Yum Archer, Topek Lifebouy, Amran Hamdan dan Faqih Roslan. Aku tak tau nak cakap ape dah. Korang la the best. Hope lepas ni jangan sombong - sombong.
Walau jasad jauh di mata, moga hati tetap bersatu. Biar pertemuan hanya sementara, moga persahabatan kekal selamanya.
BANGUN, BELAJAR, MAKAN DAN TIDUR
Assalamualaikum.
Tak sampai serminggu lagi kami, pelajar matrikulasi se-Malaysia akan menghadapi satu peperiksaan terbesar di peringkat matrik, yang menentukan arah hidup kami dan masa depan kami. PSPM(peperiksaan semester program matrikulasi), besar maknanya pada kami. Kalau kami tersungkur, alamatnya tak ke mana lah. Harap itu tak kan terjadi pada kami. Tapi kami mengharap kami dapat menggapai apa yang kami citakan. InsyaAllah. Sehingga sekarang pun, musim "minggu belajar" kami sibuk mengulangkaji pelajaran. Almaklum, yang jarang ke kuliah dan kelas tutorial(macam aku ni) terpaksa bertungkus - lumus untuk belajar apa yang kami tertinggal. Hahaha.
Alhamdulillah, minggu belajar semester kali ini aku berpeluang untk belajar bersama kawan - kawan. Akhirnya, selama ini mungkin malu menghalang utuk belajar secara stadi group. Lagi pula, mungkin aku berasa terlalu merendah diri, dan mungkin juga kerana rakan tidak pernah memperlawa untuk belajar bersama.
Terima kasih kepada guru - guru yang telah banyak mencurah bakti dan ilmu pada kami. Kami amat mengharagai jasa guru sekalian. Kami juga ingin meminta maaf andai kami banyak membuat kesilapan sepanjang semester ini. Harap dosa kami dapat ditebus dengan meminta maaf.
Kepada kawan - kawan sematrikulasi sekalian, terima kasih juga kerana telah banyak membantu. Kepada rakan karib, Muhammad Zulhisyam, terima kasih sebab marah waktu aku terlalai dari belajar. Hahaha. Aku sangat menghargai. Juga kepada rakan stadi group, Fatin, Hanif, Asikin, Hidayah, SIti Aishah dan Nazihah. Moga sokongan kalian dapat membantu aku menggapai apa yang terbaik buat diri ini.
SAYA SAYANG SEMUA.

